lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan"



SEMBILAN TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN ISLAM

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. 

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub. 

3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yang pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati. 

4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta. 

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang. 

6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain. 

7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dengan nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yang semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati dengan kelebihan orang lain. 

8. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak . 

9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".







NOTA TANGAN : Kematangan membawa kejayaan yang mendapat keberkatan dan ketenangan abadi








Serah pada Allah dan 😊


Lagi banyak kita dihentam..
Lagi banyak kita dijatuhkan..
Lagi banyak orang mengata tentang keburukan kita..
Lagi banyak orang buka aib kita..

Serah pada Allah dan 😊

Hasilnyaaa..
Lagi banyak rezeki datang pada kita..
Lagi banyak peluang kejayaan dekat dengan kita..
Lagi luas ruang kebaikan terbuka untuk kita..
Lagi mudah semua urusan kita..
Lagi ramai sahabat yang baik-baik ada dengan kita

Alhamdulillah..


Sabar, sabar dan sabar.. dan MOVE ON!
itu semua menguatkan kita untuk naik lagi tinggi, peluang kita Allah berikan darjat di tempat sebaiknya..😊








NOTA TANGAN : 
 Selangkah menuju kebaikan, 10 langkah Tuhan selamatkan kita dari keburukan







Official Fashion Stylist di KLMFW2016


Alhamdulillah sekali lagi azie dioffer untuk menjadi Oficial Hijab Stylist dalam international fashion show. 2 tahun berturut-turut. Tahun lepas azie kongsikan di sini

yang menariknya tahun ini lebih mencabar di mana penyertaan fashion show tersebut daripada 7 buah negara dan ia berlangsung selama 2 hari.

designer 7 buah negara tersebut terdiri daripada :
Malaysia
Indonesia
Singapore
Japan
Italy
Arab Saudi
Pakistan

pelbagai ragam juga cabaran. tapi alhamdulillah kami dapat handle dengan terbaik dan menjadikan pengalaman indah sepanjang karier.. inshaAllah ini juga sebagai titik tolak dan proses sebuah kemanisan kejayaan   

 
 
 







NOTA TANGAN : Indahnya kemanisan pengalaman dan silaturrahim