Sponser hijab untuk pencarian ikon muslimah 2013


Assalamualaikum semua si cantik jelita!

Selamat pagi Isnin.. Monday blues ke? takkk kan? heee
Selamat menjalankan tugasan dengan amanah masing-masing. Semoga beroleh bahagia dan gembira dengan apa yang anda lakukan.

Jika kita bekerja semata-mata untuk mencari duit, kita tidak akan menjadi kaya. Tetapi, Jika kita mencintai pekerjaan yang kita lakukan dengan sepenuh hati, kesuksesan akan menjadi milik kita.

Bekerja sebagai sebuah kesempatan mengabdi kepada Allah. Bukan sebagai sebuah beban kehidupan.. Aminn 

 Semalam 12/01/2014 berlangsung majlis pencarian ikon muslimah 2013 yang dianjurkan oleh A.F.N.I.M.. Azie bab macam ni memang suka sangat, bab fashion-fashion muslimah.. suka sebab boleh apply kat diri sendiri.. heee.. lagi-lagi sekarang masa untuk perubahan sedikit demi sedikit ke arah muslimah sejati.. aminn.. jadi apabila ada event-event macam ni azie memang suka.. selalu dan kebiasaannya azie tengok dalam majalah ataupun FB n blog.. kira cari ilham dalam berfesyen la kiranye ni.. ^_^

so apabila azie sentiasa mengikuti perkembangan model, fashion dan gaya ni, azie memang sentiasa didedahkan dengan pelbagai info tentang event yang telah berlangsung dan akan berlangsung. untuk majlis pencarian ikon muslimah 2013, azie mengikutinya juga.. tapi seperti biasa sekadar melihat dan menunggu event selesai untuk melihat gambar-gambar yang dipamerkan..

Tapi, perancangan Allah maha hebat.. salah seorang penganjur tersebut mengoffer azie untuk menjadi salah seorang pengsponser majlis itu untuk hijab.. azie terkejut juga bila dioffer sebab yelakan majlis besar seperti itu mengoffer pengsponser butik online azie yang baru nak bertunas ni.. heee.. kata si penganjur dia tengok profile azie yang memang layak untuk menjadi salah seorang pengsponser.. alhamdulillah.. untuk tidak melepaskan peluang dan demi nama AZIE FAZIEDA COLLECTION.. azie terima offer itu dengan besar hati! pengalaman.. pengalaman.. pengalaman! itu je azie nak! ngeee.. siapa yang boleh beli pengalaman, angkat tangan! ^_^

Tiba masa yang dinanti-nantikan.. Actually azie tak plan nak pergi event tu sebab sememangnya dah tersusun jadual untuk kerja di hari weekend seperti biasa.. tetapi bak kata penganjur, "kami sediakan tempat VIP untuk pengsponser" wow wow wow! menarik! nak tak nak azie MESTI pergi sebab nak tengok live orang jalan miaw-miaw dan yang pasti telah dijemput oleh penganjur sebagai tetamu VIP.. ehem ehem.. hihihi

DAN bila azie tiba di sana.. mak aiii.. ramainye orang kayo-kayo parking kete.. yelakan event buat kt kelab golf resort bangi.. orang kaya dengan golf memang tak dapek nak dipisahkan.. heee.. bila dah masuk ke dalam dewan event tersebut azie tengok ramai sangat orang yang cantik-cantik.. tinggi-tinggi.. comel-comel.. waaa hati berbunga-bunga dan hapy sangat melihat keindahan ciptaan Tuhan ^_^

Yang paling membanggakan dan buat hati azie teruja adalah mostly peserta pencarian ikon muslimah tersebut memakai hijab by AZIE FAZIEDA COLLCTION.. waaa cantik-cantik dan sangat kreatif.. masa ni azie terasa sungguh-sungguh bangga dan happy sangat! bangga okei bukan riak! sat g salah cakap ada yang buat spekulasi negatif lak.. ngeee

 Dan merasa la azie n en somi melihat secara live event macam ni.. fashion show yang selama ni tengok kat tv n youtube je.. sekarang jelas dan nyata.. 1 pengalaman yang indah juga ilmu yang dapat dalam arena fashion n event.. Juri event ni pun hebat-hebat belaka.. Seorang pengarah filem & drama, seorang artis n seorang make up artist tersohor.. tiga-tiga mempunyai pengalaman yang cukup-cukup luas.. bukan calang-calang orang untuk mengadili semua peserta.. persaingan yang cukup hebat antara peserta! azie juga berdebar-debar actually.. berdoa sgt supaya pemenang yang dipilih tu memakai hijab azie.. heee.. cover by harian metro n sinar harian tu beb! hehehe.. bab cari glamor tu memang oden la yo! luaskan brandmu, orang kate.. ngeee

Alhamdulillah.. MasyaAllah.. rezeki menyebelahi peserta yang memakai hijab azie.. 6 peserta daripada top 7 adalah memakai hijab azie.. what lucky i am for that day? hahaha.. ini bermakna kemungkinan besar peserta yang bakal dinobatkan sebagai pemenang adalah memakai hijab AZIE FAZIEDA COLLECTION ye tuan-tuan, puan-puan.. heee

Hati semakin berbunga-bunga dan peluang untuk bangga tu semakin cerah.. siapa yang tak bangga kan..? koleksi sendiri dipertandingkan dan membuatkan peserta yang memakai hijab koleksi sendiri tu dapat menjadikan penampilan seseorang sangat awesome.. lagi-lagi apabila ianya diadili oleh juri yang sangat berpengalaman.. siapa tak bangga? siapa? siapa? ^_^

Seperti yang telah diduga, seperti yang telah diharapkan, KETIGA-TIGA PEMENANG TOP 3 ADALAH PESERTA YANG MEMAKAI HIJAB AZIEFAZIEDA COLLECTION! see? lihatlah dunia! lihatlah manusia! hari tu adalah hari bangga cek u know? hahaha.. Syukur! syukur! syukur! tahniah buat semua pemenang.. tahniah buat semua yang tak menang juga.. anda semua tetap pemenang di hati azie apabila korang memakai hijab azie untuk dipertandingkan.. =>

Dan azie rasa that day memang hari lucky azie sebab azie juga dipanggil sebagai tetamu bertuah no 2.. waaa dalam ratusan manusia dalam dewan tu azie bertuah dapat no 2 tu.. ish ish ish.. terima kasih Ya Allah! dapat hamper pun tak larat nak angkat sebab besar hamper separuh daripada badan azie.. hahaha.. itu orang la kata.. hadiah besar dari tuan.. ngee.. Alhamdulillah :)

Di sini azie sertakan sedikit gambar daripada hp je sebab DSLR tak boleh bawak masuk dalam dewan.. jadi terpaksa tunggu gambar dari official photographer la kan.. takpe yang penting moment dan experience tu ada! itu yang paling mahai dalam hidup.. peace!

 Barisan peserta.. Sebelah kanan itu MUA dan para penyokong

 Top 7 diberikan task

 memang sangat gojes and talented sume yang dinobatkan top 7

 para sponser yang hebat.. ada terdiri pengsponser daripada dato' datin

 ni bukti ai dapat lucky draw no 2

 with nana aka siti nordiana.. artis jemputan event tersebut

 si budak comel tersangat ni.. model pro tuu.. azie dah lamar dia ni.. heee

 Juara! memang terpukau tengok dia masa runway.. giler ah! u deserved it dear!

 naib juara! sejuk mata memandang tengok dia ni.. serius comel sangat!

tempat ketiga.. pemenang memakai the latest hijab from azie fazieda collection.. syiria shawls!

bersama barisan pemenang! yes i know i very kecikk dibandingkan dengan model2 ni even da pakai heels 4 inci.. :p



antara peserta feveret azie.. sumpah sangat2 cantik.. like a doll u know! indahnya ciptaan Tuhan.. Peserta memakai hijab azie fazieda iaitu shawls glitter border.. awesome!




NOTA TANGAN : Peluang yang terbaik akan hadir dalam hidup apabila kita menyintai apa yang kita lakukan




 

No comments:

Post a Comment