DIYhijab style tutorial, KLIHF2015 PWTC


Sudah lama rasanya azie tidak membuat demo hijab style secara live.. bukan tiada yang menjemput.. ada! cuma azie terpaksa tolak dan mengelak atas sebab memberi ruang diri untuk fokus dalam bidang baru yang azie ceburi di mana azie perlu fokus 200% dalam kerjaya baharu

menceburi bidang profesional ini (principal trainer, profesional image consultant), selain perlu mengeluarkan pelaburan yang besar, komitmen yang tinggi, pembahagian masa yang tepat, pengorbanan dan fokus itu sangat harus diberi keutamaan

jika tersalah langkah, silap percaturan, segala yang dirancang pasti akan sia-sia.. bak kata orang, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran! moga dijauhkan!

walaubagaimanapun, menceburi kerjaya profesional bukanlah alasan untuk azie meninggalkan kerjaya sebagai seorang bisneswomen.. TIDAK SAMA SEKALI! seperti yang azie selalu kata, bidang perniagaan adalah jiwa azie, kecintaan azie, kesukaan azie.. dan bidang profesional ini adalah passion azie selama ini dan ia juga batu loncatan untuk azie lebih mengembangkan perniagaan azie di masa akan datang.. inshaAllah amiin

untuk keduanya bergerak dan berjalan seiringan, ianya perlukan perancangan yang sebaiknya.. usaha yang teliti, perlukan masa dan proses perjalanan untuk naik ke atas sehingga kita menemui titik tolak kejayaan.. ya! bukan semudah ABC, bukan sesenang 123.. ia adalah penentu kehidupan dan masa depan.. prosesnya sangat mencabar

maka azie sentiasa membuat keputusan yang sangat berhati-hati dan bijak dalam merancang sesuatu.. tidak terlalu mengejar, tidak perlu tamak.. fokus satu-satu.. inshaAllah jika rezeki tak kan ke mana.. rezeki itu tak pernah salah alamat bukan?

bila tiba masa azie sudah habiskan silibus untuk course profesional tersebut dan menunggu untuk ditauliahkan, alhamdulillah tawaran demi tawaran datang mengikut keperluan dan kemampuan.. keyakinan dan kesediaan diri juga hampir sempurna.. alhamdulillah alhamdulillah.. Tuhan sudah susun cantik punya.. Tuhan dah janji kan, manjadda wajada.. 

Setiap niat itu ada pengharapan, setiap usaha itu ada keberkatan, setiap langkah itu punyai kekuatan, dan setiap perjuangan itu ada kejayaan! ♡♡♡ semua itu Allah baca dan Allah kira.. Allah maha mengetahui!

Baru baru ini azie menerima jemputan daripada majalah dara .com untuk membuat DIY hijab style di booth karangkraf dalam event KUALA LUMPUR INTERNATIONAL HIJAB FAIR 2015, PWTC! 

azie tidak sangka azie masih dijemput untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini kerana sebelum ini azie beberapa kali sudah menolak jemputan dari mereka.. Di saat azie betul-betul bersedia dan punyai masa, ruang dan peluang ini datang tepat pada waktunya.. alhamdulillah syukur!

editor majalah menghubungi azie kira-kira 3 minggu sebelum event.. awal dia maklumkan.. katanya untuk azie mengatur jadual dengan sebaiknya supaya azie tetap dapat meluangkan masa pada hari yang ditawarkan.. ya! azie tak lepas peluang lagi apabila editor tersebut sangat bersungguh-sungguh dan kebetulan masa itu memang tiada event yang clash.. Allah permudahkan!

  

 
tiba hari yang ditunggu-tunggu, azie mengoffer adik bongsu yang belajar di UITM shah alam untuk menjadi model penggayaan tudung.. Dia juga sangat berbakat dalam bidang ini dan dah nama adik beradik, kerjasama itu sangat mudah dilakukan..

ok biar gambar saja yang berbicara! 
jemput tengok! ^_^ 


 

 

 

 

 


 

 

 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

 

 
 bodyguard handsome ni dari awal sampai habis slot azie dia ada sebab dia adalah seorang editor majalah hijabista.. dia sangat banyak membantu.. inshaAllah kami akan berkolabrasi di masa akan datang! 

  
 awek cun ni seorang owner butik yang ada slot DIY hijab style juga selepas azie tapi dia datang awal.. sampai-sampai je azie kat booth karangkraf dia terus menyapa "ni azie fazieda ye? saya selalu ikuti perkembangan awak" malu tite ^_^


 

 

sedang berinstagram walking, ternampak gambar candid by official photographer from page klihf.. daripada berpuluh ribu pengunjung, ada juga gambar kami terselit.. hihihi 


Alhamdulillah segalanya telah selesai dan dipermudahkan.. yang pasti ianya akan menjadi kenangan
dan pengalaman yang sangat bermakna dalam kehidupan dan kerjaya.. Apapun, azie mohon untuk maklumkan bahawa azie gembira dengan apa yang azie lakukan sekarang. Semoga usaha kecil azie ini dapat menyumbang kepada kebaikan masyarakat secara umum, Amin.






NOTA TANGAN : semakin bertambah ilmu di dada, semakin banyak pengalaman dan moment terindah dapat diabadikan













No comments:

Post a Comment