Berjalan dan bermusafirlah


Air yang statik tidak bergerak, akan bertakung.. 
air itu boleh jadi hijau dan berlumut,

Air yang bergerak dan mengalir pula akan sentiasa jernih..
seperti air sungai yang sentiasa mengalir walau punya halangan dan rintangan

Begitu juga dengan kita, manusia. 

Jika hanya berada di satu tempat sahaja, fikiran kita seperti itu adanya,

Bila kita berjalan dan bermusafir, jiwa kita akan hidup!

Aktiviti yang dilakukan terasa sangat bermanfaat, dengan syarat buat kerana ALLAH ❤️








 NOTA TANGAN :  bermusafir untuk memberi manfaat kepada orang lain






Jemputan Ceramah di ILP Kota Samarahan


Seperti yang pernah azie kongsikan di sini tentang pertama kali menjejakkan kaki ke bumi sarawak, yang dapat azie buat kesimpulan tentang orang orang sarawak ini adalah mereka sangat beradab dan sopan santun

pertuturan mereka dah semestinya jauh berbeza dengan kebiasaan tapi cara mereka melayan sesama sendiri itu sangat azie kagumi. mereka sangat menghormati juga jenis happening sangat! 

walaupun pertama kali azie menjejakkan kaki ke sarawak dan bersama mereka walaupun sekejap, terasa sangat dekat di hati. pengalaman dan keseronokan yang tidak dapat digambarkan

azie pernah dan ada juga kawan kawan sarawak masa belajar di USM dahulu.. ya! mereka juga sangat baik baik.

di sini azie kongsikan pula gambar gambar di ILP Kota samarahan

 











NOTA TANGAN: Jauh perjalanan, luas pemandangan, erat hubungan









Jemputan Ceramah di ILP Miri, Sarawak


Dalam Malaysia ni hanya sebuah negeri yang belum pernah azie jejak kan kaki lagi iaitu negeri sarawak bumi kenyalang.

Memang ada impian untuk ke sana tapi belum berkesempatan lagi. tetapi kerjaya terlebih dahulu telah membawa azie menjejakkan kaki ke sana. bukan 1 tempat tapi 2 iaitu Miri dan kuching! 

Alhamdulillah..

Miri dan kuching sangat jauh. airport yang berbeza. jika jalan darat mengambil masa selama 13 jam perjalanan. bertapa besarnya bumi sarawak.

azie diberi kepercayaan sekali lagi oleh Cutecarry Sdn Bhd untuk mengendalikan kursus imej dan ketrampilan diri untuk pegawai dan kakitangan ILP Miri juga ILP Kota Samarahan.

Di sini azie kongsikan gambar gambar untuk ILP Miri dan next post di ILP Kota Samarahan.










NOTA TANGAN : The power of impian