bebelan untuk diri sendiri, untuk korunk pun boleh!


Rasa cam nak membebel pada diri sendiri la.. huhuhuhu.. 
yola 2 3 menjak ni azie agak kebusyan sehingga mengabaikan sedikit hal terpenting dalam hidup.. aduhh tak puas hati nih!!! perancangan juga agak tak teratur.. jadual yang dibuat juga hanya tinggal jadual.. fuh, apa kono ni budak hingusan? hukhukhuk.. kesihatan jugak agak terganggu sekarang.. terseksa jiwa raga oden ni omak...huhuhu


for motivate my self:
Kita tidak boleh lawan malas tetapi kita boleh latih diri kita sendiri untuk menjadi rajin. Jika kita lawan sikap malas, kita akan semakin terdorong untuk jadi malas bahkan kita akan bertambah-tambah jadi malas hingga kita suka bertangguh.
Bagaimana hendak menjadi rajin?

Cari sesuatu yang boleh dikerjakan dan kita buat. Orang yang malas adalah orang yang tidak ada matlamat dalam hidup.  Itu samalah dengan tidak ada senarai apa yang harus dibuat.

Kita akan mula dapat mengawal sikap bertangguh ini apabila kita anggap apa yang kita buat itu perkara yang penting. Oleh sebab ia penting, kita kena buat sekarang atau menulisnya di “PERINGATAN”, supaya kita mudah ingat nanti.
Kuncinya ialah anggap perkara itu penting, letak sebagai “PERINGATAN DIRI”.

Sekarang  kita sudah ada ‘senarai’ sendiri. Itu maknanya, kita melatih diri sendiri jadi orang bermatlamat yang dapat melatih diri kita mengawal dan mengikis sikap suka bertangguh.

Belajarlah bersyukur pada orang yang menyakitimu kerana dialah orang yang menabahkan hatimu.Bersyukurlah pada orang yang tidak mengendahkanmu kerana dialah orang yang memupuk semangat berdikarimu.Bersyukurlah pada orang yang menjatuhkanmu kerana dialah orang yang memperhebatkan kebolehanmu.Bersyukurlah pada orang yang menyeksamu kerana dialah orang yang menguji kesabaranmu...

melompat lebih tinggi..

NOTA TANGAN: tapi pagi ini azie mendapat 3 berita gembira.. sangat mengujakan.. yeay! alhamdulillah.. moga semuanya berjalan dengan lancar..aminn


No comments:

Post a Comment