da tercapai ke cita-cita korunk tu.. (^_^)




adakah pekerjaan anda sekarang adalah cita-cita anda yang pernah diimpikan sewaktu kecil.. (^_^) kongsikan bersama kami ye..

ok kat sini azie nak kongsikan juga la.. terus terang azie katakan bahawa cita-cita azie masa kecik dulu belum tercapai lagi.. waaaa.... tapi kan.. kan.. kan.. huhuhu.. sebenarnya azie tak de cita-cita yang spesifik pun masa kecik.. kadang-kadang tengok cikgu, nak jadi cikgu, tengok polis, nak jadi polis, tengok ustazah, nak jadi ustazah, tengok kerani, nak jadi kerani, tengok penyanyi, nak jadi penyanyi.. aduyaiii la..!! memang tak tetap pendirian pun azie ni.. dulu mana la tahu cita-cita tu apa.. dalam hati janji bila besar nanti, nak duit banyak, nak rumah besar, kereta canggih, suami hensem.. perfect!! (^_^)

bila da besar sikit, mula la tanam cita-cita nak jadi lecturer.. sebab rasa cam lecturer ni agak berduit dan tinggi sikit pangkat dari cikgu.. hohoho.. sebab dulu masa sekolah azie ni agak nakal sikit.. selalu buli cikgu.. sampai cikgu pernah cakap ngan azie n satu kelas.. 'saya sumpah awak sume jadi cikgu!! baru awak sume rasa apa yang saya rasa!!' azie kata dalam hati.. azie nak tinggi sikit dari cikgu.. azie nak jadi lecturer okaiii...!!! hahaha.. kononnya nak protes apa cikgu cakap la tu.. tapi sumpah azie ni jenis manusia kurang sabar.. takut habis dilenyeknya anak murid yang degil-degil @ lambat paham ni.. contoh terdekat ada depan mata.. dulu masa ajar adik azie yang bongsu membaca, budak kecik tu selalu menangis teresak-esak kena cubit ngan azie.. =D

tapi bila da masuk u, azie amik kos design.. tapi sebenarnya azie tak de hati pun nak jadi designer.. sebab azie suka freedom n tak suka dikejar oleh dateline! musuh utama azie dalam hidup masa kat u adalah dateline! tapi cam biasalah bila kita kata kita tak suka.. benda tu la yang selalu hadir dalam hidup kita kan.. lepas azie abis study, azie terus ditawarkan oleh sebuah syarikat penerbitan untuk menjadi designer.. mula-mula tu berat hati juga nak pergi.. 2 kali azie tangguh datang interview tapi atas dorongan dan nasihat family azie, azie teruskan juga.. orang kata da rezeki kan.. alhamdulillah azie happy dengan suasana kerja.. (>_<)

disebabkan azie dok kl, azie dapat rasakan gaji yang azie terima setiap bulan cam tak mencukupi nak menampung kehidupan azie kat sini.. lebih-lebih lagi tuntutan fitrah manusia untuk berkahwin.. so sebulan azie kerja, azie da terfikir nak wat part time.. azie taknak cari kerja lain sebab azie yakin masa depan azie kat syarikat ni.. so buat part time adalah yang terbaik.. so lebih kurang 4 bulan bekerja, azie da ada kerja part time iaitu berniaga dan freelancer.. azie happy.. dengan berniaga tudung n buat freelancer design ni la azie n en somi dapat buat perbelanjaan perkahwinan dengan gilang gemilang selepas hanya 10 bulan kami bekerja.. syukur!!!




so kat situ azie da nampak sedikit keterbukaan minda azie terhadap masa depan, cita-cita dan impian azie.. azie jadi sangat teruja.. azie sangat minat berniaga dari kecik lagi tapi azie tak pernah terfikir cita-cita nak jadi seorang peniaga sebabnya kita mentaliti melayu memang da di setkan dalam minda untuk bekerja di bawah orang.. maaf kalau isu tu sensitif.. tapi itu yang azie rasakan.. tapi azie tak la memandang rendah orang yang masih bekerja di bawah orang ni sebab azie juga masih seorang pekerja.. =)) bekerja juga penting untuk pengalaman bukan.. 

sekarang azie da nampak apa yang azie cari selama ni.. cuma sekarang azie masih perlu berusaha keras untuk menggapai cita-cita tersebut.. korunk jangan gelak taw apa cita-cita azie sekarang.. hihihi.. malu seh nak cakap tapi alang-alang cakap, teruskan je la kan share kat sini.. (^_^)  
cita-cita azie nak jadi 'bos'.. 
ok bye!! hohoho



NOTA TANGAN: ada ke orang bercita-cita cam azie ek.. (^_^)





No comments:

Post a Comment