jangan menilai sesuatu dengan lahiriah!


terbaca komen fb seorang kawan azie ni.. kononnya si dia ni nasihat la pada orang lain.. tapi ada sedikit perasaan pelik terbit dari hati.. agak sayu dan sedih.. =((

'hargai orang tua yang besarkan kiter..selagi dier hidup kiter mesti kat sisi mereka..sebab 2 kiter dok kampung je..'

ye memang sayu.. sangat sayu..tersangat sayu!!  
kadang-kadang terfikir juga orang yang  lantang bersuara ni, tak terfikirkah mereka tentang perasaan orang lain yang sememangnya tidak sependapat dengan dia.. tidakkah dia terfikir bahawa setiap kata-katanya itu akan mengguris hati dan perasaan orang lain, tidakkah terfikir pendapat yang diutarakan itu ia menampakkan kebodohan dan kesempitan fikiran mereka???

azie bukan mahu mencari pasal atau tunjuk kepandaian pun... tapi azie juga punya pendapat yang agak bertentangan dengan si penulis komen..jadi izinkan azie memberi pendapat dalam rumah azie sendiri okai!! masa baca komen tu, terfikir juga mahu membalas komen tersebut.. tapi disebabkan tak mahu digelar sebagai orang yang cepat melatah, jadi azie dengan sopan serta berbaik budinya mengulas segalanya di rumah sendiri shj.. orang kata lebih manis dan sopan bukan.. azie nak membebel panjang mana pun tak jadi masalah.. sebab ini rumah maya haku yang punya!!! =p

mesti korunk tertanya apa masalah komen tu.. macam tak de masalah je.. bagi korunk yang agak tak sensetep tak po la.. tapi bagi azie ia agak sensetep jugak la.. yola kan.. bila melibatkan orang yang membesarkan kita ni, azie jadi sensetep meroyan tahap gaban .. emosi lebih dari orang mengandung anak kembar siam 4 orang.. maaf la ye.. ni memang sifat azie sejak zaman dahulu kala.. (^_^)

bila si penulis sebut je 'hargai orang tua yang besarkan kiter..' 
yabedabedoo.. azie setuju 400 %.. 
bila si penulis tulis lagi 'selagi dier hidup kiter mesti kat sisi mereka..' yehaaaa!! azie sokong 100%
tapi bila si penulis tersebut, 'sebab 2 kiter dok kampung je..'
wadehel punya statement??? 

buat si penulis komen.. meh azie jawab komen ko yang tak bape nak cerdik tu.. (>_<)
'abis ktorunk yang dok jauh dari family ni macam tak hargai la orang yang membesarkan kita?? ko dok kampung je tanpa bekerja itu yang ko kata ko hargai orang yang membesarkan ko tu??

hey common babeh! rezeki Tuhan da tetapkan.. ikut hati nurani dan kasih sayang yang tak berbelah bahagi pada si mereka yang membesarkan, mahu shj kitorunk dok kampung tu..taknak berpisah langsung walau sehari.. duduk di bawah ketiak mak.. pantang mereka g mana-mana, kami pasti membontot.. 

tapi wahai si penulis komen.. ini yang perlu kamu tahu.. kami perlu berdikari mencari sesuap nasi untuk kami membalas jasa mereka yang membesarkan.. rezeki Tuhan yang tentukan.. sudah bukan rezeki kami untuk berkerja di kampung.. bagaimana kami mahu menolak rezeki yang Tuhan kasi..?? lagipun pastinya mereka yang pernah membesarkan mahu melihat anak mereka berjaya menggapai apa yang diimpikan selama ini.. mereka telah membuat pelaburan yang besar untuk memberikan pendidikan yang tertinggi.. sekarang ijazah sudah digenggam takkan mahu duduk di bawah ketiak mereka dan juga masih mahu menyusahkan mereka lagi..?? life must go on, dear! 
kadang-kadang kejayaan kita itulah yang lebih membahagiakan mereka dari segalanya.. beri mereka sedikit kebanggan dengan apa yang telah kita miliki..itu yang lebih bermakna dari kita dok di sisi mereka tapi hanya tahu menyusahkan.. apa lagi yang mampu membuat mereka tersenyum puas selain lihat kejayaan anak yang mereka telah besarkan selama ini!

tak semestinya kami yang dok jauh dari keluarga, tak hargai mereka.. bukan kami tak balik langsung ke kampung.. kalau ikutkan, setiap minggu kami pulang ke kampung dan setiap hari kami akan memberi report harian perjalanan hidup di negeri orang ni kat orang yang pernah membesarkan..bukan itu shj, disebabkan kami dok jauh, kami selalu buat function yang maha best bersama family bagi mengeratkan kasih sayang antara kami! malah, orang yang membesarkan azie sekarang kat tanah suci  sekalipun, kami masih berhubung tanpa sempadan..

orang kata jangan tengok hanya lahiriah.. hanya pada lahiriah, kita tengok orang lain yang dok dekat ngan family macam ambil berat sangat tapi adakah orang yang dok dekat tu akan bertanya khabar dan mengucapkan kata-kata sayang dan manis kat orang yang membesarkan macamana orang yang dok jauh ni tanya setiap hari..?? malah orang yang kami lagi menghargai sebab perasaan rindu mengusai diri tanpa sempadan.. (^_^)

sebenarnya banyak lagi yang azie mahu luahkan, tapi rasanya cukuplah ni dulu tazkirah untuk malam ni.. takut ke laut pulak.. terkeluar semua hadis-hadis kang!.. hohohoho.. 

tapi hal ni azie tak salahkan sesape.. azie taw masing-masing punya pendapat masing-masing kan.. tapi mohon sedikit perhatian yang mana.. tolong jangan terlalu lantang bersuara sehingga ada banyak hati yang terluka sehingga terpamer pemikiran kolot.. ya! azie paham.. kekadang ada di antara kita yang buta hati tentang sesuatu kerna merasakan diri dia sudah terlalu sempurna dan baik pada zahirnya.. 

orang yang bertanggungjawab membesarkan azie selama ni


NOTA TANGAN: pokok pangkalnya hati dan niat.. (^_^)


No comments:

Post a Comment