kembalikan lemak-lemak haku dulu weh!!


ramai yang kata ngan azie, tubuh azie nampak besar dalam gambar.. hihihi.. tapi hakikatnya azie seorang yang renek.. macam orang tak cukup zat.. hohoho.. ye memang azie dikategorikan sebagai kecik, pendek lagi ketot.. plus, plus.. UNDERWEIGHT! owh no!! dari dulu azie teringin nak gemok.. bagi azie, gemok buat azie jadi cantik dan seksi you! (>_<) orang lain sibuk cari ubat kurus, azie sibuk cari ubat gemok.. hohoho.. pantang ada orang kata cara boleh menggemokkan, azie terus akan cuba.. sampai makan ayam, azie sayang nak buang lemak.. lemak-lemak sume azie lanyak.. =D

makan banyak? memang asyik makan je, tapi kuantiti yang sikit sebab usus perut azie ni cinonet je.. makan lebih sikit nak muntah da.. tapi azie kerap makan.. bila dapat makan banyak, azie happy sangat sebab rasa esok mesti dapat gemok.. hohoho
amik vitamin B complex?? da amik tapi separuh jalan je sebab nama pun ubatkan.. sedap mana pun ubat tu, azie tetap tak lalu makan sampai expired! lapuk dalam handbag dan membazir je.. 
minum weight gain?? da try.. tapi rasa cam tak berkesan langsung! membazir duet je.. da la mahal nak mampuih!

da macam-macam cara da azie buat, tapi tak berkesan langsung.. bila nak membuang najis pun rasa sayang.. wakakaka.. boleh??? tapi serius, eeeiii geram lo.. pakai baju, seluar mesti kena cari size budak.. saiz budak pun masih longgar.. adoyai laaa... 

orang kata maybe gen kot.. ya azie akui family azie sume kecik-kecik je.. tapi dorunk sume rendang-rendang.. azie je yang renek.. huhuhuhu.. berat azie cuma 35 kilo je, tinggi cuma 148cm.. underweight giler babeng kan? tapi kalau korunk nak taw, dulu azie pernah cecah berat 40 kilo taw.. masa awal-awal masuk u.. tapi tak sedar bila berat azie ni turun mendadak.. sedar-sedar, adik n kakak azie tegur, 'napa la kamu ni kurus sangat!' ha??? yeke.. 'tang mana kurus??'.. 'ah da tak de cutting da'... what??????? waaaaaa.. itu yang paling haku mencik.. mencik.. tamo-tamo.. kembalikan lemak-lemak haku dulu.. waaaaa!!!!

kurus giler sioott!!! nasib baik tak de angin time ni.. 
kalau tak, pasti melayang bersama-sama payung tu.. (^_^)

dalam keresahan dan ketidakpuasan hati berlaku, azie try search la kat en google.. cari cara-cara menambah berat badan.. jumpa yang rasa cam sheshuhaii sikit.. so azie kongsikan kat sini.. untuk kawan-kawan yang punya masalah giler vavi besar cam azie ni, dipersilakan lah jeling-jeling sini yo.. !!

1. Makan Makanan Berkalori Tinggi. Ini langkah mustahak dalam penambahan berat badan. Lebihkan memakan makanan berkalori sebanyak 500 - 1000 kcal dalam sajian anda setiap hari. Dengan cara ini, anda boleh menambahkan berat badan anda sebanyak 0.5 kilogram hingga 1 kilogram dalam tempoh seminggu.

2. Makan Makanan Berkarbohidrat Tinggi. Ini perlu dan biasa dilakukan untuk menambahkan berat badan. Kalori yang berlebihan daripada makanan yang berkabohidrat tinggi seperti nasi lemak adalah seperti minyak enjin kepada badan anda.

3. Makan Mengikut Jadual. Makan dengan sukatan yang besar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bersertakan snek yang berkalori tinggi seperti karipap di antara waktu makan, terutamanya pada awal percubaan untuk menambahkan berat. Bagaimanapun, snek yang dimakan itu tidak seharusnya menggantikan makanan-makanan yang berkhasiat. Makan selalu dan jangan abaikan waktu makan anda.

4. Makan Lewat Malam. Dengan memakan snek pada waktu lewat malam dapat mengelakkan badan anda daripada membakar terlalu banyak kalori ketika anda tidur. Ini dapat mengekalkan berat badan anda.

5. Makan Daging Merah Lebih. Daging merah, seperti daging lembu, mengandungi zat besi yang tinggi dan merupakan sumber protein yang baik untuk pertumbuhan otot-otot. Namun begitu, adalah lebih baik jika anda pelbagaikan pemakanan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

6. Makan dan Berehat Secukupnya. Tidak ada gunanya anda memakan makanan yang berkalori tinggi sekiranya kalori itu membakar untuk membekalkan tenaga yang disebabkan kekurangan rehat yang secukupnya. Ini tidak bermakna anda harus tidur sepanjang hari. Waktu rehat atau tidur selama 6 - 8 jam setiap hari sudah cukup memadai.

7. Minum Jus Buah-Buahan dan Susu. Minuman adalah cara paling mudah untuk meningkatkan pengambilan kalori. Apabila anda berasa haus, cuba amalkan meminum jus buah-buahan selain daripada air biasa. Ataupun minum minuman yang bersusu seperti makanan segera untuk bersarapan.

8. Bersenam Untuk Membina Otot-Otot. Pilih rutin senaman yang bersesuaian dengan keadaan fizikal anda. Seeloknya anda amalkan senaman angkat berat (weight lifting) atau senaman ketahanan badan seperti tekan tubi (push-up) untuk membina otot-otot anda. Senaman-senaman seperti ini memberi stimulasi kepada otot-otot anda untuk membina dan tidak hanya berlemak. Minum minuman berprotein atau berkalori tinggi sejurus selepas bersenam untuk menggantikan kalori yang telah hilang. Ini untuk mengelakkan berat badan yang anda tambah itu berkurangan atau susut semula. Tetapi ingat, penambahan atau pembinaan tisu otot-otot anda  bergantung kepada susuk badan dan juga ciri-ciri genetik yang anda warisi.

9. Belajar Mengurangkan Ketegangan. Ini  agak sukar untuk dilakukan tetapi sekurang-kurangnya anda harus mencuba. Tekanan atau ketegangan adalah salah satu punca yang menyebabkan anda hilang selera makan. Namun begitu ada juga orang yang makan berlebihan ketika menghadapi situasi sebegini. Justeru,  pastikan anda berada dalam golongan mana supaya mudah untuk meneruskan niat anda menambahkan berat badan.
10. Pantau Berat Badan. Jangan terlalu asyik dengan penimbang berat anda. Berat badan anda berkemungkinan berubah setiap hari dan anda pastinya tidak akan nampak sebarang perubahan. Awasi berat badan anda itu sekali dalam seminggu.

Nota: Ramai juga orang yang berat badan mereka bertambah apabila meningkat usia. Ini mungkin kerana pada usia begitu, mereka kurang aktif, lebih sabar, boleh menangani tekanan serta mempunyai lebih masa untuk menikmati sajian. Anda perlu faham bahawa untuk mendapatkan berat badan yang berkualiti akan memakan masa dan juga kesabaran. Yang pasti, tiada formula ajaib untuk mempercepatkan hasilnya.

NOTA TANGAN: walau cam na pun, azie tetap bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan, tapi azie cuma mahu sedikit keselesaan..


No comments:

Post a Comment