shopping sakan again!!



SYARAT-SYARAT:

1. Promosi ini terbuka kepada pelanggan KAKI NOVEL ENTERPRISE sahaja.

2. Pelanggan perlu melanggan Novel Kaki Novel Enterprise melalui pesanan online atau wang pos bermula 1 Jun 2011 hingga 30 Jun 2011.

3. Kakitangan Kaki Novel Enterprise dan saudara-mara terdekat tidak dibenarkan mengambil bahagian.

4. Lima (5) pelanggan bertuah akan diberikan wang tunai RM1,000.00 dan RM500.00 pada 2 Julai 2010 dan mereka perlu menghabiskan wang itu untuk tujuan membeli-belah pada hari itu juga.

5. Tidak akan ada wang baki diberikan kepada pelanggan bertuah. Ini bermakna pelanggan bertuah perlu menggunakan jumlah tersebut untuk membeli-belah.

6. Penginapan percuma akan disediakan kepada lima pelanggan bertuah yang dipilih. Wang saku untuk makan dan minum pada 2 Julai 2011 juga akan disediakan oleh pihak penganjur.

7. Hadiah tidak boleh ditukar milik.

8. Tarikh membeli-belah telah ditetapkan dan tidak boleh diubah.

9. Pelanggan bertuah dipilih secara rambang.

10. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan sama ada melalui surat, emel, telefon, faks, facebook, blog dan lain-lain tidak akan dilayan.



apa yang korang boleh tafsirkan ngan poster kat atas tu..?? 
azie cuma boleh tafsir dengan 1 prkataan je.. 

perghhhh!!!!!

giler best kalau azie dapat cam tu kan.. rasa bagai dunia ni haku yang punya! shopping sampai lebam tu dengan duet free.. ah memang heaven giler babeng la! tapi azie cuma berangan je akan dapat sebab syarat no 3 tu azie memang fail terus! T________________T

ni shopping sakan yang kedua.. yang pertama dulu azie ikut gak g shopping tapi azie bukan shopping pun.. dapat tengok orang shopping dengan termeleleh air liuq! menitis airmata kewanitaan azie ni bila tengok orang lain shopping dengan duet free tapi azie guna duet sendiri.. berperang dengan perasaan sendiri wok! giler sebal dada azie nih.. masa tu azie cume jadi pengiring untuk pemenang je.. hukhukhuk.. dan kemungkinan besar tahun ni pun azie juga adalah pengiring si pemenang yang sangat bertuah tu! waaaa... mencikkk!!!!

ha korang yang bijaksana tu dan berpeluang untuk menyertai dan berkemungkinan besar akan menang tu, cepat-cepat la grab ini peluang.. peluang keemasan depan mata tu!! jangan lah buat-buat buta hati dan sombong tak nak join.. rezeki itu rahsia Tuhan kan.. janji kita berusaha!! (^_^)

 
shopping sakan 1st!



NOTA TANGAN: banyak lagi aktiviti yang bakal menyusul.. 




No comments:

Post a Comment