surirumah yang sangat berjaya!

 gambar hiasan.. (^_^)


1st time azie rasa wekend yang penuh keasyikan untuk berehat sepuas hati.. wawwiiieee! giler ah! tak pernah azie rasa heaven bangat cam ni.. sampai sakit-sakit urat azie ni sebab terlalu banyak tido.. hohoho.. orang kata tido ni nikmat tapi sebaliknya la pulak bagi azie.. ni yang oden lomah ni.. bila dah banyak tido badan pun rasa tersangat la manja.. asal buat kerja sikit teringat la katil yang maha empuk tu.. haih dugaan godaan sungguh!!

semalam azie buat kerja rumah, bersilat kat dapur, mengemas mana yang patut, menghias mana yang perlu.. boleh tahan jugalah kan.. terasa sungguh surirumah yang sangat berjaya..!! mesti bangga giler en somi beristerikan azie nih bila istana cinta kami jadi syurga terindah buat dia.. hakhakhak.. nak muntah?? sila la.. (>_<) tapi bila en somi balik je tengah malam tadi tengok azie serabai giler rambut mengerbang macam ponti beranak, en somi terkejut beruk giler vavi tengok si bidadari syurga macam nak bertukar jadi kak limah penunggu rumah.. hihihi.. ha yelakan sape suruh balik rumah jam 2 pagi.. dah sedap azie mimpi indah yang 44 kali.. =D

tapi kan harini ni azie dah buntu giler cam kucing nak beranak dok kat rumah ni.. nak kemas rumah, dah kemas.. nak hias, dah cantik, nak bersilat kat dapur, takde orang nak makan lak.. haih.. memang tak taw la nak wat pe.. layan fb, dah bertahun benda sama je, nak membebel kat sini, takdo idea lak, nak karok, dah rasa cam orang giler terpekik sorang-sorang, nak jalan-jalan, takut sesat.. weh boleh giler cam ni..  so taknak rasa giler dan dianggap giler, azie naik atas katil dan baca doa tido.. hahaha.. bangun-bangun dok depan tv sebab en somi pesan soh tengok perasmian SUKMA.. en somi ada ajak g sana tapi azie memang taubat nasuha la nak ikut en somi punya event yang memerlukan azie jadi seorang yang dicop queen control sehingga en somi kerja pun azie kena jadi belangkas tegar! owh no! tak sanggup mak noqs!! lain la kalau pergi event yang untuk seronok atau beronok-ronok.. ha itu dunia kami yang punya!! (^_^)

azie terpaksa ditinggalkan oleh si kembar siam azie lain jantina tu untuk memberi laluan kepada rezeki yang bakal menyinggah.. azie n en somi terpaksa berkorban cuti dan percutian kami untuk menjalankan tanggungjawabnya.. en somi diarahkan untuk menjadi krew event untuk SUKMA.. hukhukhuk.. tapi walau cam na pun, azie tetap bersyukur dan berbangga dengan apa adanya si en somi ni.. bangga siot bila tengok perasmian sukma tadi kat tv.. bangga giler tak terkata.. siap kol mak n mak mentua kat kampung untuk berkongsi rasa berbangga ni.. hihihi

so sekarang azie tunggu en somi balik je.. mata tak rasa mengantok langsung.. mungkin malam ni syaiton yang direjam dah malas nak bertenggek atas bulu mata azie ni sebab siang tadi azie dah bantai layan kehendak mata.. hihihi.. boleh la azie tunggu kepulangan en somi dengan penuh keayuan dan kelembutan bak bidadari syurga.. =p.. tapi esok bersedia la untuk kerabakan mata.. lelagi esok isnin penuh dengan dugaan dan cabarann.. monday bluesss wehh!!




NOTA TANGAN: bercita-cita untuk menjadi seorang surirumah yang sangat berjaya!!




No comments:

Post a Comment