kembang kempis hidongku..(^_^)

wekend baru ni azie pulang ke kampung halaman yang tercinta.. 
tiap 2 minggu memang akan balik dan kadang-kadang tiap minggu azie balik kampung.. da rasa perjalanan 3 jam tu rasa macam sejam je.. kadang pernah balik hari.. tak sempat panas punggung pun dok dalam kete tu.. (^_^) 

itu kalau jadual azie ngan en somi tak padat, tak ketat, tak sendat.. tapi kalu time bz giler bagai nak rak, family azie yang akan datang kl melawat azie.. hihihi.. tapi even camno pun, family 1st in my life.. sibuk giler ke tak sibuk langsung ke, kami tetap akn merapatkan silaturrahim walau dengan apa cara sekalipun.. (^_^)

 gerak balik.. 
malas nak jangok (bahasa klate) sebab tak sampai setengah jam dok dalam kete, en somi pasti akan keseorangan memandu! azie??? zzzzzz.. (^_^)

rutin kalau balik kampung pasti ada aktiviti silat bersilat di gelanggang dapur.. kali ni azie ngan adik menunjukkan skil ilmu persilatan kami dengan memasak spageti bolognese.. tapi kami main ngelat.. sume segera.. (^_^) mudah dan sedapppp!!! 
yela, balik kampung bukan nak dok dapur semata kan.. hohoho.. so jom try resipi yang tersangat mudah ni.. dan yang paling pasti, ianya boleh membuatkan korang makan sehingga menjilat siku.. wah melampau! (^_^)


resipi spageti bolognese
  • daging kisar 1 mangkuk sederhana (ikut suka)
  • Isi ayam 1 mangkuk sederhana (ikut suka)
  • Lobak merah 1-2 biji,brocolli (ikut suka,potong kecil)
  • 1o biji cendawan shitake rendam sehingga agak lembut dan potong 4 (ikut suka)
  • 3 sudu paste cili kering (sape nk pedas tambah lg ler)
  • 1 botol sos speghetti  Prego
  • minyak masak
  • garam secukup rasa
  • sebungkus spaghetti

Cara-cara

  1. Didihkan air dalam periuk,masuk garam 2 sudu kecil,masukkan spaghetti,masuk 2 sudu minyak. Angkat setelah spaghetti lembut.
  2. Panaskan kuali dgn minyak, masukkan cili kering. Tumis sampai naik minyak. Masukkan isi ayam dan daging kisar. Masukkan sedikit air, biar sekejap.Kemudian masukkan semua sayur.
  3. Then,masukkan sos spaghetti. Gaul rata. Dan bolehlah dihidangkan bersama spaghetti. SELAMAT MENCUBA..

Azie memang tak menggunakan bawang dalam tumisan tersebut sebab dalam sos spageti prego tu da cukup rasa sebenarnya.. dah perfect! cuma azie tambah  bahan makanan untuk lagi menggiurkan.. (^_^)


 spageti

gravy

tentang rasa?? 
toksah cakap la.. memang terbaikkk!!! tak melampau rasanya kalau azie cakap spageti cik puan merah ni lebih sedap dari spageti bolognese pizza hut taw! seluruh ahli keluarga rasa berpuas hati.. azie lagi la rasa macam kembang kempis hidung ni bila tengok setiap pinggan yang makan spageti ni mesti licin.. (>_<)

korang jangan lupa try taw!



NOTA TANGAN: tapi sayang, en somi azie pencinta tegar masakan kampung.. tak boleh terima western food.. adeiii... 


  

3 comments:

  1. Salam..
    singgah2 dan klik2...
    salam perkenalan...
    terjah seketika di laman saya dan klik2..
    sama2 tingkatkan tabung nffng....
    salam persinggahan...

    ReplyDelete