mencari kesederhanaan.. (^_^)


azie tengok update kawan-kawan fb banyak status-status terkini yang berbaur lebih kepada makanan, bazar, puasa, raya dan sebagainya yang ada kaitan dengan bulan ramadhan penuh barakah ni.. azie rasa seronok sangat.. terasa kemeriahannya even baru bermula puasa kita ni kan.. :)

azie juga tak terlepas pandang dan tak mahu ketinggalan.. siap pasang lagu raya tuuu.. nak amik mood kononnya.. hihihi.. tapi baru pasang separuh lagu dah rasa cam tak sanggup pulak nak dengar.. terasa sayu semacam.. haih! terus tutup lagu tu tanpa talian hayat.. (^_^)

rasanya bukan masanya lagi kot nak berjimba bersuka ria menanti aidilfitri macam zaman hingusan dulu.. yela kan dulu zaman kecik cinonet sibuk terkinja-kinja menanti raya sebab nak kumpul duit raya banyak-banyak.. dapat duit raya boleh shopping sakan sampai pengsan.. ha time kecik tu pun da terbukti azie ni memang hantu shopping sejak azali lagi.. so bila da besar panjang ni, jangan tanya la nape kasut azie hampir saploh pasang yang masih tak diguna pakai yang masih elok dok dalam kotak tersusun rapi dalam kereta =D haaaa... itu baru kasut.. belum cite hal lain-lain.. hihihihi..

pastu bila time anak dara sunti zaman remaja nak up, azie memang ternanti-nantilah hari penuh bahagia lagi bangga bila tiba hari raya ni.. dulu masa zaman sekolah azie rasa diri ni hot sangatttt! baju raya mesti bling-bling, kasut liplap liplap, rambut style, muka gebu.. sebelum raya sibuk la buat-buat rajin tolong mak kat dapur, kemas rumah, menjahit baju sebab nak bodek nak dapat persiapan raya yang vouge lain dari yang lain.. yela masa tu ramai si lelaki-lelaki nak mengorat, makcik-makcik kampung pn ramai yang datang rumah beri puji-pujian yang melambung-lambung.. nak wat menantu pun ramai.. hihihi.. perah santan punya olang!! (^_^)

tapi sekarang bila dah berumah tangga, dah belajar tentang kehidupan, da matang membuat keputusan, kesedaran tu datang dengan sendirinya.. bulan syawal terasa sangat bermakna tetapi bulan ramadhan terasa LEBIH bermakna sekali! kesayuan yang lahir dari hati kecil apabila menjelang ramadhan kali ini terasa hingga ke hulu hati.. semangat mahu berubah ke arah kebaikan untuk mencari kesempurnaan membuak-buak dalam diri.. bukan hanya untuk bulan ni tetapi bulan ini dijadikan sebagai salah satu titik permulaan kehidupan dengan kebahagiaan yang hakiki.. insyaAllah..



NOTA TANGAN: ku harapkan ramadhan kali ini penuh makna..




No comments:

Post a Comment