jiwa kewanitaan ku.. :)

azie sekarang semakin meminati bunga.. tak taw dari mana datangnya sifat keperempuanan yang 1 tu.. (^_^)

eh kan pompuan kan.. mesti la suka bunga.. 
haih.. tu pompuan lain la.. azie ni kurang sket sifat keperempuanan dalam diri.. dulu azie tak berapa nak suka sangat dengan bunga.. tak suka jugak dengan teddy bear.. tak berani sangat dengan kucing.. susah jugak nak mengalirkan airmata.. wuwuwuwu.. cuma sifat keperempuanan yang azie ada adalah aktiviti keshoppingan dan suka kaler pink.. tu je hokei! hehehe.. pelik kan? tapi azie bukan cik tom**y atau minah peng**d taw.. masih straight lagi.. hehehe

dulu masa zaman cintan-cintun, en gula-gula hati azie maw belikan teddy bear n bunga kononnya.. tapi azie siap warning lagi.. 

'i bukan cam perempuan lain yang suka bunga la, teddy bear la, i luv u, u luv me la.. cukup sekadar u temankan i shopping atau pergi ke mana i nak pergi dan berada disisi disaat i memerlukan bahu seseorang untuk bersandar.. itu da cukup menunjukkan kasih sayang u ok! (^_^)'

tak taw di mana wujudnya jiwa halus kewanitaan dalam diri azie ni.. mungkin sebab kekurangan kasih sayang dalam jiwa kot.. kuikuikui.. 

tapi sekarang!!! azie tersangattt lah mengidammm nak bungaaaa... 
siap request kat en somi lagi.. en somi cam pelik kot.. ah kisah hape azie.. pelik tak pelik.. dulu lain sekarang lain okaii.. sebab tu la ramai orang kata sehingga menimbulkan fakta 'RAMAI YANG AKAN BERUBAH SELEPAS BERKAHWIN'.. nak setuju ke tak nak ek? nak tak nak kena setuju kot sebab dah kena kat batang idung sendiri.. hihihi

azie dah siap berangan-angan nak tanam pokok bunga kat balkoni rumah yang hanya sekangkang kera tu.. (^_^)

azie: en somi, nanti puan isteri nak tanam pokok bunga ros dan bunga orkid kat balkoni rumah kita ya.. 

en somi: eh nape nak tanam bunga pulak? *sambil kelip-kelip mata

azie: sebab nanti tak payah hari-hari beli fresh flower nak letak kat meja makan.. lagipun ada gak aktiviti nak buat hujung minggu.. (^_^) orang kata berbakti dengan tanah akan membuahkan hasil yang lumayan.. *sungguh bijak berbahasa

en somi: tapi en somi rasa nak letak table kecik dan 2 kerusi.. boleh malam-malam kita candle light dinner.. *konfiden je macam la boleh buat puan isteri berubah fikiran.. silap kot

azie: eh en somi ni.. balkoni ni cuma beso sket je dari kangkang kera tu.. mana muat untuk en somi n puan isteri.. meja lagi.. kerusi lagi.. kita candle light dinner dalam bilik je la.. =p *taktik

en somi: erkkkk.. ikut puan isteri la.. *pasrah

azie: yeay!! sayang en somi ketat-ketat! *over

sebenarnya da 2 3 kali gak azie usha-usha nursery.. ada gak yang berkenan di hati.. tapi terpaksa menjeruk rasa dulu sebab masih belum berkesempatan mendapatkannya kerana terpaksa menyelesaikan hal-hal mengemas rumah yang da macam pusat pelupusan sampah.. masih bersepah sesangat dengan barang-barang yang belum sempat di susun.. huhuhu

dapat buat macam ni pun ok jugak kan.. :) tapi azie nak penambahan bunga ros..



NOTA TANGAN: jiwa keperempuanan semakin menebal dalam diri.. puan isteri la katakan.. =p



No comments:

Post a Comment