uniform sekolah zaman kegemilangan.. =))


kan azie penah cite kat sini yang azie ni time study dulu wallaaahhh.. kuat main sangat.. malas belajar.. fikir nak berkawan je datang sekolah kan.. ingat tak? kalau tak ingat boleh tengok sini ya.. 

baru-baru ni dapat pulak tagged gambar dari kawan sekepala masa sekolah.. haih! rindu seh! gambar yang mampu membuatkan hati azie bergelora.. bergelora menahan rindu dendam peluk cium si teman baik.. rasa ada yang merenggut-renggut tangkai hati untuk kembali ke zaman kegemilangan dulu.. eh zaman kegemilangan??? gemilang ke??? gemilang sangat uolsss!!!!

ya sangat gemilang.. gemilang sebab azie ada teman baik yang sangat rapat dan menghiburkan sehingga di gelar geng otai dan paling femes kat sekolah! huahuahua.. malu lak nak sebut otai tuuuu.. tapi kena sebut jugak sebut tu trademark hokei.. =p

even otai tapi kami bukan gangster wanita kat sekolah.. kami semua masih baik-baik belaka.. tapi baik-baik pun tetap ada nakalnya.. (^_^) kira kalau nak diibarat tu macam suci dalam debu la.. eh boleyy?? pon boleyyy!! wakaka..

dulu geng ktorang ni diibarat macam geng paling femes kat sekolah taw.. ramai giler jejaka-jejaka sekolah nak ngorat.. geng market paling tinggi.. hihihihi.. eh bukan ktorang perasan lebih.. tapi serius ni.. =)) caya taw..

sebenarnya ktorang pun takde niat nak gi sekolah dan tubuhkan sebuah kumpulan untuk dikenali ramai.. tidak terlintas dalam kepala pun.. tak terfikir nak mencari publisiti murahan macam tu.. *eceh

tertubuhnya geng ktorang ni tanpa sedar sebenarnya.. masuk je sekolah menengah ktorang terus jadi rapat.. tak taw nape.. maybe sebab chemistry kot.. kalau ikut kelas, ktorang kebanyakkannya semua berlainan kelas.. tapi nak ditegaskan kat sini.. kami semua terdiri daripada 3 kelas teratas daripada 8 kelas kesemuanya.. so faham-faham sendiri la ek kalau dah kata teratas tu.. (^_^)

bila dah ada chemistry tu, kami ni pun sentiasa la bersama even tak satu kelas pun.. datang sekolah sama, rehat sama, melepak sama, dan balik sekolah pun sama.. memang paling kelakarnya tiap kali berkumpul kami akan pastikan semua ahli akan ada.. kira nampak cam caring la kan.. bila da ramai-ramai berjumpa, kalau tak hingaq tu memang tak sah la.. pompuan kan.. kalau gelak tu mengalahkan maklampir tersepit rambut kat ranting kayu mengilai.. gegar sekolah wa cakap sama lu!!!

eh lupa lak nak habaq! geng ktorang ni mempunyai 17 orang ahli! boleh buat team bola sepak siap pemain simpanan lagi taw.. ahli bukan main-main punya ni.. ahli berdaftar semua.. maksudnya memang kami ada declair sape2 yang ahli kami.. bukan macam ahli touch n go.. baik sekejap then hilang, arini geng esok da tak geng.. no way!

geng ktorang ni memang ada aku janji taw.. hehehe.. nak cakap pun susah sebab azie tak taw cm ne nak describe tentang geng azie ni.. yang pasti persahabatan yang terjalin bukan sekadar pada nama sahabat.. kami memang memiliki satu perasaan yang kuat terhadap geng ni..sumpah! ke mana sahaja kami akan pergi mesti segerombolan sehingga kadang-kadang kalau lalu kat koridor sekolah, orang lain akan ke tepi untuk beri laluan kepada geng kami.. kalau ke kantin, ada yang sudi bangun ke tempat lain semata untuk beri tempat kepada kami..ini bukan omongan kosong atau cerita dongang hokei.. ini cerita benar yang sangat manis yang pernah kami lalui.. (^_^)

selama 3 tahun kami perjuangkan persahabatan kami ni, kami dipisahkan lepas form 3 atas sebab ada dikalangan ahli geng ni berpindah ke sekolah teknik lepas PMR.. tapi persahabatan kami tidak berkubur begitu sahaja sebab setiap kali cuti sekolah dan kawan-kawan balik dari asrama, kami bertemu kembali membuat onar di kampung.. bukan onar apa cuma onar pencemaran bunyi dengan gelak tawa kami.. tu je.. (^_^)

kami betul-betul terpisah apabila kami membawa haluan kerjaya masing-masing lepas SPM.. time tu sememangnya masa sungguh terhad untuk bertemu.. sehinggalah kini kami masih belum berkesempatan untuk berjumpa dengan 34 pasang mata serentak.. kalau ada jumpa pun mesti tak cukup ahli.. wuwuwuwu.. 

kalau nak dikenang memang sangat la banyak kenangan itu.. tapi azie rasakan cukup la dulu azie bercerita.. nanti azie ada mood nak cerita lagi, azie buka entry baru.. apa yang boleh azie katakan azie sangat-sangat sayang geng ni.. tak pernah jumpa lagi persahabatan macam ni selepas habis sekolah.. T_______________________T

sekarang setelah hampir lebih 10 tahun berlalu, kenangan itu cukup indah membuatkan kami senyum sepanjang hayat bila terkenangkannya.. sekarang hampir 80 percent dari ahli kami yang telah mempunyai keluarga sendiri.. dah berderet anak sedara azie taw.. hihihi.. 

dan kami telah pun planning untuk membuat reunion untuk mengembalikan zaman kegemilangan itu.. kali ini lebih berlainan dari 10 tahun lepas apabila ktorang semua bukan lagi budak hingusan yang kaya dengan gelak tawa tetapi menjadi orang matang yang kaya dengan tanggungjawab.. (^_^) yang pasti ada yang dulu kecut sekarang kembang, ada yang dulu comot sekarang comel.. =))

haish tak sabar menanti hari itu!

 ni bukan kek harijadi.. ni kek hari kejadian semua ahli.. suuuweeeeettttt tak kitorang???

 makan bawah pokok.. port biasa untuk geng even penah kena hambat dengan cikgu.. bersila tuuuuu.. !

tengok sebelah kiri tu.. takde nametag, lencana, pakai cincin.. okei kesalahan yang terang n nyata.. 




 NOTA TANGAN: sekali lagi sedar bahawa terlalu cepat masa berlalu.. :)




 

1 comment: