Oh menarik gilerrrr!!!!


Assalamualaikun semua.. apa habaq? harap semua sihat no.. almaklum la 1st day kerja selepas bercuti, beraya, berehat.. so stat kerja je mood pun rasa suam-suam kuku kan.. (^_^)

tapi mood je rasa suam-suam kuku tapi semangat bekerja tu masih menebal dalam diri.. tak pernah pulak rasa tak de mood sampai berat hati nak g kerja.. kerja tetap kerja hokeii.. kerja itu kan tanggungjawab yang telah diamanahkan, so cintailah pekerjaan kita *eceh

hari ini azie masuk je kerja, azie terus update peraduan yang telah dianjurkan oleh company.. sambutannya amat menggalakkan even baru 1st day berlangsung.. alhamdulillah.. =>

so azie nak share kat sini gak.. hadiah memang terbaikkkkk khas untuk korang semua.. join taw jangan tak join.. mana taw rezeki untuk korang.. cuma korang kena berusaha jek k.. 

Buat mereka yang giler novel, ini adalah bonus untuk korang.. sebab ini peraduan dari company penerbitan novel.. so sambil baca, sambil feeling-feeling, korang boleh menang ipad 2.. ha bukan selalu ada aktiviti cam ni kan.. peluang keemasan ni.. jangan ketinggalan ek.. caranya pun sangat mudah dan senang.. 

cekidaut!!! :)

PERADUAN iPAD 2 TELAH BERMULA!!!! jom ramai-ramai menyertainya.. mana tahu ipad 2 bakal menjadi milik anda!!!

Terma dan Syarat:
 
i. Terbuka kepada umum yang mempunyai akaun Facebook.

ii. Kakitangan Kaki Novel Enterprise dan saudara-mara terdekat tidak dibenarkan mengambil bahagian.

iii. Peserta perlu menjadikan poster peraduan ‘Oh Menarik Giler!! (Poster berwarna Ungu)’ sebagai gambar profil Facebook mereka bermula 8 November 2011.

iv. Peserta perlu membuat pembelian online atau wang pos dengan KN pada tempoh 8 November 2011 sehingga 30 Disember 2011.

v. Pihak kami akan mengemukakan soalan dalam masa 24 jam sehari dan 7 hari seminggu bermula 1 Disember 2011 sehingga 30 Disember 2011.

vi. Soalan yang dikemukakan tidak perlu dijawab serta merta di dalam Facebook tetapi peserta perlu mengumpul soalan yang diberikan sebanyak 30 soalan iaitu 1 soalan setiap hari.

vii. Jawapan-jawapan yang telah dikumpul perlu di hantar ke email peraduanipad.kn@gmail.com berserta:
a. BUKTI BAYARAN PEMBELIAN (nama pembeli, tarikh belian, jumlah bayaran, dan tajuk novel),
b. COGAN KATA. Saya suka membaca novel KN kerana……………. (tidak melebihi 15 patah perkataan)
c. BUTIRAN DIRI (nama, alamat, no telefon dan pautan di fb)

viii. Setiap peserta hanya layak menghantar SATU penyertaan sahaja. Jika didapati ada peserta yang menghantar lebih dari satu penyertaan, kami akan menilai penyertaan yang pertama sahaja.

ix. Tarikh tutup penyertaan adalah 6 Januari 2012. Penyertaan selepas tarikh tutup penyertaan tidak akan dilayan.

x. Jika ramai peserta yang menjawab soalan dengan tepat, pihak kami berhak memilih 3 peserta yang bertuah berdasarkan COGAN KATA TERBAIK.

xi. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan sama ada melalui surat, emel, telefon, faks, Facebook, blog dan lain-lain tidak akan dilayan.

PERHATIAN: PESERTA YANG INGIN MENGAMBIL BAHAGIAN MESTI MEMATUHI SEMUA TERMA DAN SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.. (^_^)

untuk maklumat lanjut, sila layari www.kakinovel.com



 NOTA TANGAN: ipad 2 bestttt bro.. :)




 

No comments:

Post a Comment