salam aidiladha


hai korang semua.. ada yang da berada kat kampung? bestnye la kan.. tapi cuti sekejap sangat.. nak apply cuti rasa tak patut pulak.. lagipun anual leave da tinggal seciput.. cukup-cukup tinggal untuk emergency case atau persediaan kepada perkara yang tidak dijangka.. so terima je la cuti yang telah ditetapkan untuk kita even dalam hati membuak-buak mahu cuti lebih.. T___________________T

tahun ni azie beraya haji di kelantan.. kampung sebelah en somi.. orang kata raya haji di kelantan ni agak meriah berbanding negeri-negeri lain.. ye ke ek? ye koit.. kelantan kan negeri serambi mekah.. so suasana meriahnya maybe lebih kurang sama kat mekah sekarang.. itu apa yang azie fikir la.. apa-apa pun, kita tunggu je la.. azie pun baru 1st time nak beraya kat sana..=))

insyaAllah kalau tiada aral azie n en somi akan bertolak petang ni ke kelantan.. dengar cite dari kawan-kawan jalan jem teruk arah ke pantai timur.. adeiii.. tak pe la.. orang kl da biasa ngan jem ni.. so hadap je la.. hihihi.. 

buat semua kawan-kawan, selamat menyambut hari raya aidiladha.. sesiapa pulang ke kampung tu, pastikan kenderaan korang di cek dulu, berhenti jika mengantuk dan pandu dengan cermat okeiii.. (^_^)





NOTA TANGAN: safe journey!!






No comments:

Post a Comment