family trip to melaka..


Da lama sebenarnya azie dan family merancang family trip ni.. tapi masing-masing sibuk.. yela kan bila da beso-beso macam ni memasing ada tanggungjawab sendiri.. ada macam-macam planning, tapi time tu la jugak cancel atas sebab sibuk, masa tak sesuai dan macam-macam lagi la.. lebih-lebih lagi adik azie nak kawen time tu.. so tunda punya tunda alhamdulillah rezeki itu masih ada untuk kami.. ruang dan peluang digunakan sebaiknya..

sebenarnya tak planning pun nak g melaka.. tapi dah nak sangat berjalan dengan family ni teruskan aja la.. lagipun dekat je.. bukanlah tak biasa jalan dengan family.. kalau ikut tiap minggu pun berkumpul bersama family kat kampung.. tapi orang kata nak berjalan tu ada je halangannya.. 

so masa cuti krismas, kebetulan adik beradik cuti.. so itu yang terus ke melaka.. ingat nak dok 3 hari 2 malam.. tapi bila difikir balik.. lama sangat la pulak.. melaka tu kecik je.. nak pusing 3 hari memang bosan giler ah.. so homestay yang telah di booked untuk 2 malam di cancel jadi 1 malam je.. (^_^)


1st destination kami kat melaka wonderland.. ni adalah untuk hadiah anak sedara tunggal azie yang dapat nombor 1 dalam kelas.. mak abah azie janji nak bawak dia ke sini.. so tunaikanlah janji tu.. bagi azie tentang melaka wonderland ni, ehem... maaf orang melaka ya.. tempat ni tak sesuai kot untuk orang dewasa.. sume permainan kanak-kanak je banyak.. ia sesuai untuk rombongan budak sekolah rendah je.. dari pegi sini better g gambang waterpark atau water world je.. lagipun tiket agak mahal.. mayb sebab tempat ni baru kot.. 

tak best tak best pun 1 hari gak azie n family kat sini.. yela kan sayang tiket.. masuk 5 jam pun harga sama.. masuk 10 jam pun harga sama.. so masuk bagi puas dan mayb time ni je la kot nak masuk pun.. next time orang kasi tiket free pun xmo masuk.. :p

 

 

 

 



 

 

 kalau sampai melaka ni tak sah la kalau tak gi jonker walk.. kat sini pasar malam cina.. majoriti cina.. nak beli air pun takut.. bukan takut apa.. was-was je dengan kebersihannya.. makanan apatah lagi.. tapi sini macam syurga souvenier.. macam-macam ada! banyak jugak yang family azie borong kat sini.. murah dan rambang mata la.. rasa macam nak mai lagi..

 

 dan hari kedua, kami pergi ke pusat bandar melaka yang terdapatnya pelbagai tempat-tempat sejarah.. masuk kapal beso dan muzium melaka ni RM3 je 1 kepala.. murah sangat.. boleh belajar sejarah bila masuk.. nak tengok muka hang tuah boleh la datang sini.. :p kadang-kadang bila masuk rasa macam tak percaya je sume sejarah tu.. rasa macam terlalu dekat di hati.. rasa macam nak buka balik buku sejarah tentang melaka.. seronok sebenarnya kalau kita tahu tentang sejarah ni lebih-lebih lagi ada bukti yang terang lagi nyata.. kalau azie datang sini masa sekolah dulu, konfem sejarah azie dapat A.. ngeee..

 

 

 

 






 








 

 da penat berjalan-jalan ke seluruh pelusuk pusat bandar, tengok sejarah sana sini tambah shopping dan borong makanan pulak.. kami pun naik river cruise.. rasanya baru juga la river cruise ni ada kat melaka.. ikutkan nak naik river cruise ni malam sebab malam pemandangan river tu lagi cantik orang kata.. tapi da malam semalam sibuk memborong tak ingat dunia kat jonker walk so terpaksa la naik river cruise ni petang-petang ambil angin sepoi-sepoi bahasa.. 

naik petang-petang pun ok apa.. best jugak.. banyak sejarah yang kita taw.. nak naik river cruise ni RM 10 untuk seorang.. masa perjalanan kira-kira 45 minit -1 jam pusing river.. 

ni last destination kat melaka sebab hari dah petang.. nak berkejar balik ke segamat pastinya smpai tengah malam.. kita yang duduk di seat belakang ni ok je.. takut si driver la yang tak tahan kepenatan.. :)



lepas bersiap-siap balik tu, nak makan malam kami singgah di ikan bakar sabak awor kat muar.. ini moment paling best.. best sangat sebab dapat makan seafood yang fresh puas-puas dengan harga yang sangt-sangat berbaloi..tak sangka sebenarnya murah sangat makan kat situ.. 

pilih sume seafood banyak-banyak dan target harga sampai RM300 dan lebih.. kira standard la makan seafood dengan harga macam tu kan.. makan dengan senang hati.. time nak bayar, bila si tuan kedai sebut harga.. terkejut beruk dan siap geleng-geleng kepala tanda tak percaya.. suruh tuan kedai ulang banyak kali..  si tuan kedai pun pelik tengok agaknya.. u know that! makan untuk 11 orang hanya RM150 SAHAJA! berbaloi-baloi.. rasa nak menitik air mata ni.. terharu! 

*over..

 

sebenarnya azie dan family dan biasa g melaka ni.. dekat je dari rumah azie.. agak dalam 2 jam je perjalanan.. masa kecik-kecik dulu selalu rombongan sekolah g sini.. so bagi azie tiada apa yang menarik sangat kat sini.. cuma melaka kaya dengan tempat yang bersejarah.. lagipun en somi azie tak pernah g sini.. so sesuai la tu untuk ke sini.. (^_^) tapi apa-apa pun 1'm so happy with my happy family!



NOTA TANGAN: lepas stat nk bercuti, nak bercuti lagi dan lagi.. :)





No comments:

Post a Comment