Salam maulidur rasul 1435H


Salam Maulidur Rasul Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W .. 
Salam 12Rabiulawal 1435H

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Marilah sama2 kita mengingati perjuangan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan agama Islam. Ya Rasulullah, besarnya pengorbananmu untuk umatmu. Rindunya kami pada mu.


Junjungan Mulia
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia




NOTA TANGAN : Semoga kita semua tergolong dalam golongan umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaat daripada Baginda di akhirat nnti.…aamiin






No comments:

Post a Comment