bila azie nak jual baju dan produk kecantikan?


Tudung dikategorikan dalam bidang fesyen dan pakaian juga. sebagai seorang peniaga tudung, azie terkena tempias fesyen pakaian yang didambakan oleh kaum hawa. hampir setiap hari ada sahaja permintaan, pertanyaan dan pendapat tentang penjualan pakaian di butik online azie fazieda collection!

sumpah, azie sangat terharu dan berbesar hati apabila ramai yang meminta untuk azie menjual pakaian. malah ada yang meminta nasihat azie juga dalam bidang kecantikan! serius, ini benar-benar membuatkan azie mahu menitik air mata! penghargaan terbesar bagi seorang yang bernama azie di mana orang ramai meletakkan kepercayaan mereka dalam bidang fesyen dan kecantikan kepada azie walaupun azie ini bukan siapa-siapa dan sangat kerdil dalam bidang itu. apabila orang bertanya di mana azie beli baju, azie pakai produk apa? inshaAllah buat masa ini azie tak pernah kedekut untuk berkongsi malah jika pakaian yang azie beli online, azie akan promote link peniaga online tersebut.

dan buat pengetahuan semua, kedua-dua bidang itu adalah salah satu impian azie yang belum tercapai. azie selalu juga plan plan n plan tentang itu. tapi Tuhan belum bukakan jalan dan ruang tersebut untuk azie melebarkan sayap menambah produk pakaian. hukk

azie redha dan percaya dengan percaturan yang Allah aturkan tetapi azie sangat mengharapkannya kerana bidang itu sangat azie minat sehingga azie meletakkan target untuk azie memulakan menjual pakaian dan produk kecantikan di butik azie. azie dah jumpa suplier, tailor dan so on! deal mendeal untuk mendapatkan produk yang terbaik dan puas hati. but Kuasa Tuhan! 

semasa azie sedang plan itu ini, begitu begini! azie dibukakan ruang untuk sesuatu yang lebih penting dalam perniagaan iaitu ILMU! azie ada menghadiri satu kelas perniagaan yang dianjurkan oleh pakar marketing no 1 asia dan terngiang-ngiang di telinga azie tentang ini, "fokus apa yang anda buat dan pastikan anda mahir dalam sesuatu itu sebelum melangkah ke arah yang lebih besar! jika anda belum berjaya dengan yang pertama, anda TIDAK MUNGKIN akan berjaya dengan yang kedua"

peh peh peh! macam tersiat-siat ulu ati azie ni dengar. tepek sekali kat muka. yess, azie belum mahir sepenuhnya dalam bidang tudung tapi dah berangan nak tambah produk yang lebih mencabar! hmmm. syukur! syukur sangat-sangat! betul la orang kata, tiada yang lebih bernilai dalam kehidupan ini selain daripada ilmu! yang membezakan antara manusia adalah ilmu dan penggunaan akal yang Allah anugerahkan. 

Apabila azie fikir semula, ada benarnya! bak pepatah orang tua 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berkeciciran' jadi jangan tamak! fikir long term. mahirkan diri dengan sesuatu bidang, dan apabila sudah berjaya, itulah masa untuk kita mencuba sesuatu yang baharu dan luaskan kuasa kita dengan pengalaman yang kita ada daripada bidang yang pertama. hasilnya yang pertama semakin kukuh, yang kedua, ketiga dan keempat serta seterusnya akan stabil. itu barulah dinamakan peniaga yang genius! 

dalam perniagaan, jatuh dan gagal itu pasti. perniagaan pertama adalah saat di mana kita try dan error! cari pengalaman dan pelajaran sebanyaknya untuk mengukuhkan perniagaan di masa depan. mahirkan sesuatu bidang sehingga betul-betul master! bagaimana nak berjaya jika perniagaan masih belum kukuh, dah tukar kepada perniagaan yang lain? asyik stat pada yang baru. bagaimana nak master jika kita selalu lompat-lompat bidang? belum sempat belajar, dah cari bidang baru! atau lebih tepat lagi, tak fokus dengan sesuatu! tak tahu mana bidang yang mahir. semua bidang kita bolot tapi tiada sesuatu pun yang ummpph! berkecamuk ye dak? 

kita belajar kat u pun amik 1 course je dan dalam ijazah tu tulis 1 je kan. tak de campur course lain. ^_^

Alhamdulillah sebelum azie pergi dengan lebih jauh dalam bidang lain, azie telah disedarkan dengan ilmu tersebut dan fokus azie kini adalah i want to be a great HIJAB STYLIST! aminn! azie masih belajar, masih try n error, masih banyak perlu diperbaiki dalam bidang hijab! inshaAllah lepas ni makin lebih banyak pembaharuaan yang bakal azie tampilkan di butik azie kerana telah belajar sesuatu iaitu THE POWER OF FOCUS!

Impian untuk mengembangkan perniagaan melalui fashion dan produk kecantikan tetap tersemat di hati azie. cuma tunggu masa yang betul-betul sesuai untuk azie melaksanakannya atau dengan lebih tepat azie juga masih belajar dan menambah ilmu tentang itu! inshaAllah semakin dicari ilmu itu semakin ia mengembang dan bila tiba saat itu, perniagaan yang dijalankan bukan sekadar untung semata-mata tetapi dapat membantu dan menambah nilai kehidupan orang lain. inshaAllah! 

Buat semua yang dikasihi, yang sentiasa menyokong produk azie dengan mendapatkannya, yang sentiasa bertanya dan memberi idea, yang memberi kepercayaan untuk mendapatkan idea azie dalam penampilan, juta-jutaan terima kasih azie ucapkan! inshaAllah jika benar rezeki azie di dalam bidang perniagaan ini, azie akan lakukan yang terbaik buat semua! azie akan membantu bagi mereka yang memerlukan. Doakan azie terus berjaya dan mudah mendapat ilmu supaya ilmu yang ada ini akan dikongsikan bersama dan kejayaan ini akan menjadi pendorong bagi semua untuk berjaya juga! aminn

walaubagaimanapun, bidang fesyen dan kecantikan dah lama berada dalam diri azie. dan azie yakin setiap wanita itu naluri yang dianugerahkan juga sama. jangan tipu diri sendiri 'owh saya tidak suka fesyen, tidak suka cantik, suami saya tak kasi berhias, suami saya tak suka tengok orang cantik' plissss jangan tipu diri sendiri! jangan kata tidak suka fesyen atau tidak cantik. fesyen simple juga dinamakan fesyen! dan yang pasti jangan keji dan hina orang lain jika anda tidak suka atau tidak mampu berfesyen okei. sebaliknya cubalah belajar dan buka minda! itu sebaiknya.

yang membezakan penampilan setiap wanita adalah bagaimana cara kita zahirkan kecantikan dan idea fesyen dalam kehidupan seharian! dan yang paling penting, just to be yourself! selesa, happy, yakin itu dah memadai! bukan cantik untuk orang lain. tapi cantik untuk diri sendiri. kepuasan diri sendiri. dan yang dah ada suami tu bonus sebab bila kita niat cantik untuk suami ianya dapat pahala! mudah kan?

so wanita dan kecantikan serta fesyen tidak dapat dipisahkan! azie pilih kedua bidang ini untuk perniagaan sebab ianya sangat dekat di hati azie. moga suatu hari nanti azie akan dapat mengecapi impian untuk mahir dalam kedua-dua bidang ini dan dapat membantu menambahnilai kehidupan semua wanita! aminn!

layankan sedikit koleksi gambar *banyak sebenarnye :p azie yang suka berfesyen ini! semua baju adalah koleksi peribadi sendiri. ada banyak lagi yang tiada gambar. kesemua baju ni ada yang beli ready made, ada yang hantar tailor, ada yang mak buat dan ada juga yang mix and match je.

 











NOTA TANGAN : Seronok dapat berkongsi dengan ramai orang dengan apa yang kita minat







No comments:

Post a Comment