Grow old gracefully my dear, my baby! sweet 28


Tak lengkap rasanya tak cerita kat sini tentang moment bezday my soulmate.. hihihi.. pada tarikh keramat 31 jan setiap tahun macam da jadi kewajipan azie, sebagai seorang isteri memperingati tarikh kelahiran suaminya.. so sampai bila-bila pun tarikh ini akan menjadi kenangan manis buat azie dan en somi.. inshaAllah..

nak kata sambut sangat tu tak la kan.. cuma sekadar memperingati dan cipta moment-moment indah untuk dijadikan sebagai penguat kasih sayang dan cinta yang Tuhan anugerahkan ini.. bukankah cinta itu indah? ^_^

sejak azie kenal en somi 8 tahun ini, macam-macam sambutan bezday yang dilakukan.. cukuplah 3 tahun sambutan dengan nyanyian, tepukan, lompatan, telur, tepung, air semua ada! hahaha.. moment yang terindah bagi seorang pelajar universiti. bertuahnya saya dan dia dapat merasai pengalaman itu bersama rakan-rakan seperjuangan. 

 #throwback.. zaman universiti!

dan selepas tamat universiti, sambutannya agak berbeza kerana mungkin dengan faktor kematangan dan zaman pekerjaan yang sangat berbeza sama sekali! lagi-lagi apabila sambutan birhtday apabila berumahtangga.. kalau dulu lebih suka enjoy secara berjemaah, huha sana huha sini, terkinja sana terkinja sini tapi kini lebih suka beromantik berduaan.. cewahh!

tapi sumpah, dua-dua moment yang dirasai sangat-sangat indah! berhuhahuha best sangat, beromantik pun best sangat! alhamdulillah azie dan dia terpilih merasai nikmat kedua-dua moment indah itu! syukur!

dan untuk sambutan bezday en somi yang ke ehem, ehem.. hahaha.. 28 tahun u know! jatuh pada CNY, hari jumaat.. so public holiday. actually azie buntu jugak nak kasi hadiah apa.. nak sambut macam mana.. nak suprise macam mana.. haih! azie yakin sume wanita juga pasti buntu nak kasi hadiah apa kat lelaki.. sebab barangan untuk lelaki agak limited kan. tapi sebagai seorang isteri, eceh! azie tahu apa kurang dia, apa mahu dia, apa kesukaan dia, apa impian dia, apa perlu dia. =>

 Sanah helwah ya ukhti. Uhibbuki fillah! Grow old gracefully my dear, my baby! sweet 28.. ^_^


azie kasi dia helmet! hehehe.. actually bermasalah juga nak cari helmet ni.. satunya sebab azie tak tahu nak pilih helmet tu.. tak pernah membeli barangan motor2 ni, keduanya azie dan dia seperti belangkas ke mana sahaja bersama, so bila masa pulak azie nak p membelinya.. ngehngehngeh.. nak p beli depan-depan, dah dapat agak ayat dia, takyah la.. biar abag bayar la.. apa la.. jadi tak syok la present tu kan.

dan nasib baik azie ada seorang adik lelaki tunggal yang memang tahu bab-bab ni.. baru beli superbike tu.. hihihi.. so apa lagi, minta tolong pilih dan belikan terus sekali dengan kotak.. hahaha.. pakej sume.. senang kerja.. dan alhamdulillah.. urusan itu dipermudahkan!

pada hari kejadian berkali-kali cakap ngan dia, azie tak de hadiah nak kasi tapi nanti kita beli kek.. dia kata its ok! ala redha la tu.. hihihi.. kebetulan cuti, kami memang plan balik kampung azie di johor.. azie and family dah plan nak gathering sekali sambut bezday dia.. tapi dia mana tahu kan.. hehehe.. azie beli kek dalam perjalanan balik kampung tu, tapi seperti biasa ayat yang keluar dari mulut en somi " tak yah letak nama la, tak yah tulis pape la, takyah lilin-lilin la.." eleh malu la tu nak sambut-sambut bezday! faktor usia la katakan.. ngee

simple kek! permintaan bezday boy! itupun puan isteri degil nak tulis tulisan tu.. :p

sampai-sampai je di kampung, anak buah azie si puteri dah berlari-lari dapatkan uncle man dia untuk ucap bezday dan kasi hadiah! sambil si puteri kasi hadiah, azie pun kasi hadiah yang memang adik azie lelaki dah sediakan di rumah.. SUPRISEEE! 

 
  merah tanda cinta yang membara! ^_^

memang suprise la bagi dia kan.. berkali-kali tanya mana azie dapat helmet tu.. hahaha.. sampai nak tido pun tanya-tanya lagi.. azie cakap nama pun hadiah, mana boleh tahu! *tapi entry ni dah mengantoikan diri mana datangnya hadiah tu! romantik tak? romantik tak? :p

then malamnya tu pun kami gathering with all my family, makan-makan, shopping-shopping, lepak-lepak, gurau-gurau, senda-senda! aktiviti wajib tiap bulan *nikmat Tuhan mana yang mampu kudustakan.. kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya! Nikmat kebahagiaan yang tidak pernah terluah dengan kata-kata mahupun tulisan! sumpah sayang sampai syurga buat semua kesayangan!





NOTA TANGAN : lebih bermakna untuk bezday en somi kali ni, disambut dengan family! dan yang paling gembira adalah azie.. semua kesayangan di depan mata!





No comments:

Post a Comment