fokus, fokus dan fokus





Dengan petunjuk Allah, Ya Rahim Ya Rahman, Ya Razzaq...
saya sedang focus kepada perniagaan keperluan wanita muslimah iaitu  memperkenalkan HIJAB dan perkhidmatan cara pemakaian hijab yang cantik, selesa dan mudah!

saya bersyukur sangat kepada Allah kerana memberikan kelapangan untuk saya mencari rezeki demi orang-orang tersayang serta ingin membantu menambah nilai kehidupan orang lain.

Mudah-mudahan dengan perancangan-perancangan yang akan datang memudahkan lagi untuk saya focus dengan apa yang ingin saya lakukan. Semoga saya diberi petunjuk dan dipermudahkan segala urusan yang berkaitan dengan perniagaan saya. Semoga niat untuk berniaga ini akan memberi keuntungan kepada saya dunia dan akhirat. Dan dengan rezeki ini dapat saya menginfakkan keuntungannya kepada orang-orang yang memerlukan , membayar zakat serta membantu hal-hal kebajikan keluarga saya.

Sekarang saya cuba buka mata erti pergantungan kepada Maha Pencipta untuk segala permasalahan hidup. cabaran dan dugaan yang menghampiri akan ditempuhi dengan tenang, sabar dan tawaduk <3

Bersyukur, bersyukur dan bersyukur
Syukur Nikmat Allah yang memang tidak boleh didustai.


with million love <3
#aziefazieda
Azie Fazieda Collections
www.aziefazieda.com





NOTA TANGAN : Fokus dan cuba mahir dalam sesuatu bidang




No comments:

Post a Comment