I AM PROUD OF YOU!


I AM PROUD OF YOU!
Ada satu perkara yang saya belajar since kebangkitan saya dalam perniagaan industri pengiklanan & pemasaran pada tahun 2001.

Kita mesti tahu waktu bila nak promote diri kita kepada orang yang perlu tahu tentang apa yang kita telah lakukan atau mampu lakukan.

Ramai daripada kita lebih mudah:-
1- Rasa malu untuk berkongsi kejayaan bila mencapai sesuatu yang membanggakan. Kenapa? Sebab masyakarat kelilingnya mungkin adalah set-set yang tidak hidup dalam suasana memberikan pujian atau pengiktirafan kepada orang lain, atau suka melihat orang lain berjaya.

2- Rasa rendah diri bila mencapai kejayaan dan cuba sembunyikan. Kenapa? Tak nak orang cakap kita riya', bongkak atau sombong, tetapi kita lupa bahawa meraikan kejayaan itu boleh memberi inspirasi kepada orang yang perlukannya.

3- Malu menyatakan yang mereka telah mencapai sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Saya teringat lagi beberapa tahun lepas, seorang anak murid kelas Pemasaran saya, seorang makcik berkongsi pengalaman dan perubahan hidup serta kewangannya selepas 4-bulan hadir kelas saya. Ayat dia berbunyi begini, saya malu nak share kejayaan saya sebab saya tidak rasa saya berjaya dibandingkan dengan ramai di dalam kelas ini. Akak hanya dapat capai jualan hampir RM120,000 sebulan, sebelum ini hanya dalam RM6,000 sebulan.....

Agak-agak apa rasa anda yang tidak biasa pegang RM120,000 sebulan mahupun RM6,000 sebulan? Ada rasa macam nak cekik akak ni tak?

Saya percaya akak ni bukan tak bersyukur cuma dia rasa rendah diri kerana mungkin dia pernah kongsi dengan adik-beradik dia, mungkin ada yang makan gaji ala-ala sahaja cakap, eleeeh, apalah sangat RM120,000 sebulan tu, setakat jualan jer.... Masalahnya akak ni berniaga kat rumah, untung bersih dia pun dah lebih dari gaji ekzekutip totalkan 2 tahun agaknya.....

Faham tak masalahnya?

Pointnya ialah:-
Masya-karat kita banyaknya tidak hidup dengan belajar menyatakan kegembiraan bila melihat orang lain gembira.

Mereka melihat kejayaan orang lain seperti satu penghinaan seperti baru lepas pegang anjing dan lupa samak.

Sedangkan mereka sendiri pun hidup ala-ala tidak banyak peningkatan.
Jadi, kita boleh belajar dari ramai mereka yang berjaya bila mereka melihat orang lain berjaya.

Mereka yang saya kenali akan cakap, "I am proud of you!!". "Congratulation!", "Amazing achievement!".

Dan the fact is, keberanian seseorang menonjolkan diri berkongsi sedikit kejayaan mereka patut kita raikan.

Saya selalu sebut, orang yang bahagia akan suka melihat orang lain bahagia. Orang yang berjaya akan suka melihat orang lain berjaya serta meraikannya.

Kejayaan yang best ialah bila ia bukan kita nikmati sendiri tetapi ia dapat dikongsi dan menjadi inspirasi orang lain. Jika tidak, baik kita hidup di pulau yang tidak ada manusia atau hidup terus mati kerana kita tidak ada manfaat kepada orang lain.



 NOTA TANGAN : sumber #DAO, lantak p orang nak cakap pa, saya tetap pilih untuk berkongsi



No comments:

Post a Comment