menterjemahkan nikmat Allah itu adalah seruan Allah sendiri



Ada orang menulis di facebook menyatakan tentang bahaya post kan gambar kek harijadi, gambar anak, gambar rumah, gambr sofa, gambar kawin, gambar berpeluk dengan suami ... iaitu takut jatuh riak, sombong dan bongkak ...

Bagi saya ... saya setuju pada amnya dengan pendapat itu tapi bukanlah setuju sepenuhnya ... sebab dunia cyber ni kita tak boleh nak bandingkan dengan dunia alam nyata yg kita berpijak ... dunia cyber ni satu dunia baru yg mana kita perlu faham suasana dunia ini, cara berkomunikasi, cara hidup, cara bersosial dsbg.

Untuk kita ambik undang2 dunia nyata dan jatuhkan kepada dunia cyber secara keseluruhannya saya rasa sangat tidak tepat.

Contohnya seorang pengguna facebook poskan gambar kek hari jadi anaknya untuk berkongsi kegembiraannya dengan sambutan hari lahir anaknya yg berusia 4 tahun dengan tiada setitik sekulimitpun rasa nak bangga dan riak dan angkuh dan berlagak dan sombong dsbg ... beliau hanya sahaja nak share dgn kawan2 yg dia add friends di facebook tentang hari lahir anaknya ... tiba2 ada orang dikalangan friends / fans dia tu yg sakit hati / terasa hati / tak puas hati kerna bagi si kawan ni si ibu tadi telah berlagak dan berlaku riak .. maka dlm situasi ni siapa yg bermasalah?? Pastinya sikawan yg ada hati yg busuk hitam legam yg suka berburuk sangka tulah yg sebenarnya bermasalah ...
Bukan ke Islam ajar kita jangan berburuk sangka dan jangan suka menfitnah orang lain kan ??...

Alangkah bagusnya jika kita suburkan perasaan berbaik sangka tu dulu sebelum kita nak bersangka buruk kat orang bahawa orang tu riak ke angkuh ke apa ke ... lainlah kalau jelas dia berlagak dan riak dengan kata2 yg dia post beserta gambar dia tu ... kalau jelas dia riak dan angkuh boleh je unfriend terussss maslahnya orang lain takde riak dan angkuhpun ... kita ni yg sibuk duk sakit hati kata orang angkuh dan berlagak ... busuk hati betul kita ni kan ... suka berprasangka buruk ....

Ini penyakit orang melayu saya rasa ... mereka susah hati bila tengok orang lain senang orang lain berjaya dsbg ... orang melayu ni mudah dengki dan sakit hati ... santau minat sangat ... kipas bos ... tikam belakang tu hobi ...
sepatutnya bila orang pos kek hari jadi ramai2 ucap tahniah ... bila ada orang pos gambar dengan suami ramai2 ucap tahniah dan doakan semoga jodoh berpanjangan ...

Bukannya terus kata amboiiiii ... berlagak, angkuh , sombong, nak menunjuk-nunjuk dsbg ...

Bukankah menterjemahkan nikmat Allah itu adalah seruan Allah sendiri asalkan tidak riak dan sombong ... mungkin ianya satu penyataan syukur dari seseorang ...

Syukur adalah pengakuan hati terhadap sesuatu ganjaran dan nikmat dianugerahkan Allah SWT. Syukur bukan hanya meliputi perkara nikmat, kita juga perlu bersyukur apabila terlepas daripada bala, malapetaka dan bencana.
Pelbagai nikmat dianugerahkan Allah SWT terhadap hamba-Nya. Keseluruhan nikmat dikurniakan perlu ada bukti yang memperlihatkan kesyukuran. Bukti mensyukuri nikmat harta adalah apabila seseorang hamba itu membelanjakan hartanya di jalan Allah SWT.

Bukti mensyukuri nikmat kekuasaan diperoleh oleh pemimpin adalah menjadi pemimpin yang adil dan berusaha sekuat tenaga memberikan kesejahteraan kepada orang dipimpinnya. Bukti mensyukuri nikmat ilmu adalah mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain.
Begitulah bukti mensyukuri nikmat yang lain dengan menggunakannya kepada jalan Allah SWT. Banyak pengajaran ditunjukkan oleh Allah mengenai mereka yang diazab kerana tidak mensyukuri nikmat-Nya.

Antaranya, Firaun ditenggelamkan bersama bala tenteranya kerana kufur terhadap nikmat kekuasaan. Qarun ditenggelamkan ke dalam perut bumi bersama harta bendanya kerana kufur terhadap nikmat harta. Hamman diseksa kerana kufur nikmat kecerdikan Allah SWT berikan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan. Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat itu kepada kaum yang lain pula.” (Hadis riwayat at-Thabrani)

Berdasarkan peristiwa dirakamkan dalam al-Quran, ia membuktikan nikmat Allah SWT yang tidak disyukuri akan dimusnahkan mengikut kadar kekufurannya. Sesungguhnya sangat banyak nikmat yang Allah kurniakan tanpa kita sedari.

So bagi saya bila saya melihat sahabat2 postkan sesuatu, tertib yang saya gunakan ialah :-

1. Bersangka baik - mungkin dia hendak kongsikan sesuatu kejayaan / kesedihan atau nak pesan or nak kongsi sesuatu ...
2. Ucap tahniah / takziah / rasa gembira atau rasa sedih mengikut kesesuaian.
3. Doakan beliau yg baik-baik
4. Jika jelas dia seorang yg riak dan sombong ... saya boleh je banned / delete dia ni ... unfriend terusss ... inikan dunia cyber ... tak payah nak busuk2 hati kata kat orang riak ke sombong ke ... bersihkan hati kita dulu lagi bagus Entah2 orang yg kita kata riak dan berlagak tu bertaubat ... dia yg dapat masuk syurga dulu berbanding kita ... dan kita ni pulak selama2nya duk kata kawan kita tu berlagak dan riak ... tanpa sedar bersangka buruk tupun satu dosa !!
5. Istighfar banyak semoga Allah selamatkan diri sendiri dari perasaan riak dan takbur.


posted by : Raja Shamri
shared by : Azizan Osman



dua2 ikon masyarakat yang tidak asing lagi di hati azie, di hati masyarakat kita! mereka yang hebat ini berfikiran dan berpendapatan begini.. bagaimana pula orang lain yang biasa-biasa, yang tiada kemajuan hidup sangat MUDAH MENJATUHKAN HUKUM???

azie percaya juga, Jutawan internet IRFAN KHAIRI juga berpendapat sebegini jika sesiapa mengikuti perkembangan beliau..

 maka jika mahu berjaya, pastikan anda mengikuti jejak seorang yang telah berjaya.. gitewwww~ jangan dikisah pada mereka yang selalu dibelakang!




 NOTA TANGAN : tepuk dada tanya iman




No comments:

Post a Comment