sibukmu sibukku



 

 Allahuakhbar! 

bukan mudah rupanya untuk menjadi seorang azie
, seseorang yang berjuang terhadap Kerja, bisnes, student, suri rumah, suri hati! pembahagian masa, ketahanan fizikal, persediaan mental dan sokongan orang sekeliling sangat sangat diperlukan saat ini!  

bukan mudah! 
It is easy to say but to put this to reality is very hard for me...but and but, yess i believe i can fly!! nothing is impossible! 

dalam hidup kadang pengorbanan itu sangat indah, penuh hikmah! kita sebagai manusia yang sihat akal fikiran berusaha untuk mencari hikmah yang tersembunyi.. Dia bentangkan seluas-luasnya ruang dan peluang untuk kita merasai nikmat kesusahan dan kesenangan.. ingat! segala percaturan dan ujian dariNya itu asbab untuk Dia mengangkat darjat kita ke arah yang lebih tinggi.. sentiasa bersangka baik pada pemilik seluruh alam ini.. moga ada sinar harapan yang lebih bermakna dalam kehidupan dunia akhirat.. inshaAllah, aamiin

 yang penting dan utama, azie terpaksa korbankan masa bercakap hal remeh temeh dan terpaksa abaikan segala macam gosip disekeliling! hahaha.. *dikategorikan sebagai pengorbanan tak tu? :p

see?? 
simple tapi sangat bermakna! mengubah 360darjah kehidupan

kalau sebelum ni baca gosip, cita itu ini yang merepek-repek, lepak bergosip, menaip wassap bertalu-talu but nothing! tapi semuanya itu dapat dikurangkan hampir 90% dalam kehidupan kini! yang tinggal hanyalah cakap bila perlu, berkawan dengan mereka yang tinggi ilmunya, bersembang secara berilmiah, dambakan motivasi dengan membaca buku dan sentiasa fokus dengan apa yang dilakukan untuk menjadi yang terbaik! 

sebenarnya dalam hal kehidupan azie, pengorbanan paling hebat yang azie lakukan adalah pengorbanan perasan di mana azie terpaksa hadam segala jenis macam lemparan buruk sangka dengan ayat bermula dengan kenapa dan mengapa!

kenapa macam tu?
mengapa tak macam ni?
kenapa mesti itu?
mengapa tak buat ini?

semua pertanyaan itu diajukan kepada orang lain.. dengan erti kata lain MENGUMPAT! kemudian terjadilah perkataan KOT yang banyak! "oh dia ni kotttt.. agaknya dia tu kottt.."

tapi syukur dan syukur!
usahkan nak dengar keluh kesah mereka yang sentiasa negatif tak berpuas hati itu ini, mereka yang selalu cari salah orang sana sini; ruang untuk mendengar, membaca, mengisahkan untuk itu pun memang tertutup terus! masa yang digunakan ngam ngam untuk kehidupan yang indah indah sahaja! Dia tiupkan kekuatan luar biasa untuk yakinkan azie bahawa ini perancangan Dia yang paling indah! alhamdulillah

mereka yang berjaya adalah mereka yang dikelilingi mereka yang berjaya! pepatah mengatakan 'bersahabatlah dengan orang yang jual minyak wangi kerana kita akan terpalit keindahan wangian itu!'

indahnya perancangan Tuhan.. baiknya Allah!


azie yang pilih jalan ini atas keizinanNya dan azie bertanggungjawab sepenuhnya untuk terus memperjuangkan segalanya.. moga dipermudahkan segala urusan azie.. moga terus istiqomah meletakkan misi perjuangan ini dalam menuju kejayaan dunia akhirat.. aamiin ya rabbal alamin







NOTA TANGAN : i love my life so much!








No comments:

Post a Comment