Pilihan aku hari ini yang menentukan siapa aku esok




Satu hari nanti, aku akan berbangga dengan kecekalan dan ketidakputus asaan aku hari ini..

Satu hari nanti, aku akan berterima kasih pada diri sebab pilih untuk bertahan dan terus berjalan walau seberat mana cabaran dalam mencapai impian.. 1001 impian yang bukan hanya untuk aku

'semakin besar dan berat cabaran itu, semakin indah dan bermakna impian yang dicapai..'

Impian yang tercapai hanyalah bonus, tapi hasil dari proses perjalanan mencapai impian itu yang aku mahukan.. miliki peribadi yang lebih kreatif, lebih dewasa, lebih bijaksana, lebih sabar dan penuh belas kasih dalam perjalanan menuju Redha-Nya.

Sebab BERLIAN yang berharga tu bukan kerana cantik dan indah rupanya, tetapi kerana kesukaran untuk mendapatkannya dan terlalu lama proses penghasilannya. ia menjadikan berlian sbegitu 'rare' dan sangat istimewa serta terlalu mahal! 

Di saat orang lain enak diulit mimpi pagi dan malam, aku pilih untuk menghadkan waktu tidurku untuk mengisi masa yang berlalu dengan usaha usaha mendekati kepada impianku

Di saat orang lain berlibur pada hujung minggu, aku pilih untuk korbankan waktu-waktu itu demi melunaskan segala tanggungjawab yang diamanahkan

Di saat orang lain seronok menghabiskan masa bermesra di dalam media sosial, aku pilih untuk bersosial dengan segala ilmu-ilmu yang perlu aku cari gali untuk aku gunakan untuk kehidupan serta kejayaan

 aku tak pernah menyesal, tak pernah sedih, tidak pernah sesekali merungut malah aku amat bersyukur punya rasa ini! aku yang pilih jalan ini, aku yang rela hati menggalas tanggungjawab menggapai impianku sendiri kerana segala matlamat dan impianku sangat jelas dan nyata!

Jadi hari ini, jika ada rasa mahu 'give up' atau mahu berhenti dari mengejar impianku, ingatlah! 

Hari ini adalah hari yang penting buatku.. setiap hari adalah hari baru.. setiap hari adalah anugerah dan nilai terindah yang Allah anugerahkan dan Dia buka ruang dan peluang untuk aku berusaha menggapai impianku.. jika bukan hari ini, belum tentu ada hari esok!

Adakah aku pilih hanya menjadi batu-batuan biasa yang bisa menyusahkan dan tidak bernilai serta sentiasa menumpang keistimewaan orang lain 

 atau 

menjadi BERLIAN yang SANGAT BERHARGA yang mampu memberi kepuasan dan kegembiraan serta membanggakan buat mereka yang memilikinya?

 Pilihan aku hari ini yang menentukan siapa aku esok..
Pilihan di tanganku..

impian > retire young, retire rich! moga tiba masa, sisa umurku hanya untuk menikmati seindahnya pada Tuhan dan keramat hidup! aamiin





 NOTA TANGAN : live ur life to the fullest everyday!





No comments:

Post a Comment