Semoga hari ini dan seterusnya sentiasa di dalam rahmat dan
keberkatan Allah swt. Hari ini anak-anak sudah mula kembali ke sekolah
dan untuk beberapa negeri, mereka telah kembali ke sekolah bermula
semalam. Semoga anak-anak anda menjadi sumber keberkatan hidup anda
serta menjadi anak yang soleh atau solehah.
Keberkatan itu
sesuatu nikmat yang sangat besar dariNya. Keberkatan bukan mengikut kaya
atau miskinnya seseorang, keberkatan adalah pemberianNya datang dalam
pelbagai bentuk. Maksud berkat itu bagi saya adalah sedikit cukup dan
boleh share dengan banyak serta banyak boleh share dengan lebih ramai.
Ketenangan jiwa, manfaat diri, manfaat umur, terpelihara dari perkara
yang tidak baik, manfaat rezeki seperti makanan yang sedikit tetapi
dapat dikongsi dengan ramai atau duit yang dapat dimanfaatkan untuk
banyak.
Tidak berkat bagi saya adalah bermaksud tidak bermanfaat
kepada banyak atau manfaat atau nikmat yang ada ditarikbalik. Contoh,
ada gaji atau pendapatan, tetapi ada perkara-perkara yang berlaku
menyebabkan duit itu "bocor" dan ia mungkin berpunca dari sesuatu yang
kita lakukan yang tidak redhaiNya atau tidak disukaiNya. Wallahu A'lam.
Kuncinya adalah "Buat apa yang disukaiNya dan jauhi apa yang tidak disukaiNya".
Panjang cerita keberkatan ini, ia topik penting di dalam buku "21
Formula Hidup Luar Biasa" by DR AZIZAN..
Saya percaya dengan prinsip Muhasabah tapi dengan perkongsian ini moga dapat memberi manfaat buat semua kerana saya tahu saya tidak sempurna dan
sentiasa belajar memperbaiki diri Insya-Allah. Doakan saya.
Apa
sahaja yang kita lakukan setakat ini, cuba ambil sedikit masa untuk
siasat diri dan renungi diri serta perhatikan adakah kita ada sedikit
dan rasa banyak serta dapat dikongsi dengan ramai atau kita ada banyak
tetapi rasa sedikit dan tidak cukup untuk diri?
6 kunci permulaan untuk mencari keberkatanNya adalah :-
1/ Syukur dan rendahkan diri atas setiap nikmatNya
2/ Sedekah dan berkongsi rezeki setiap masa
3/ Gembirakan Allah swt dan Rasulullah saw, buat apa yang disukaiNya dan tinggalkan apa yang tidak disukaiNya
4/ Gembirakan ibu bapa kita samada mereka masih ada atau tiada, jika tiada, doakan mereka, gembirakan orang yang mereka akan suka jika mereka masih hidup, mereka akan gembira melihatnya. Contoh, gembirakan keluarga kerabat mereka.
5/ Gembirakan orang yang kita sayangi suami/isteri, anak-anak, adik beradik semampu kita serta gembirakan ramai orang lain dengan berkongsi manfaat dengan mereka.
6/ Gembirakan dan hargai orang yang telah memberi manfaat kepada kita seperti guru kita dan sesiapa sahaja.
Wallahu A'lam.
Perkongsian ini mungkin ramai dah tahu, ini hanyalah sedikit ingatan
buat diri saya dan buat mereka yang suka diingatkan. Kasih sayang
kadang-kadang bukan ditunjukkan dengan memberikan wang ringgit tetapi
ingatan juga adalah tanda kita kasih dan sayang.
NOTA TANGAN : setiap usaha ada keberkatan, setiap niat ada pengharapan
No comments:
Post a Comment