Saat aku gigih melewati tangga
Saat bertatih membina kerjaya
Saat berhempas pulas melakar segala
Siapa ada bersama
Siapa tak pernah ada...
Ah.. biarlah apa kata mereka
Mereka tak hadir saat aku tak punya apa
Mereka tak bersama masa nak mula
Abaikan
Mengangkat tangan bersuara setuju di depanku
Memuji sambil memegang bahu tanda mengagumi
Memuji sambil memegang bahu tanda mengagumi
Selangkah pergi.....
Menyorok tangan beserta kutukan cacian
hingga lupa pernah ketawa saling memberi sokongan
hingga lupa pernah ketawa saling memberi sokongan
Manusia begini ada di sudut dunia tak bertepi
Pasti.
aku diam aku senyum aku pejam
tapi tak bermakna aku hadam
cuma aku masih berpegang.....
aku diam aku senyum aku pejam
tapi tak bermakna aku hadam
cuma aku masih berpegang.....
jika aku mahu membetul segala
membuka mulut mula bicara
membalas mahu pertahan rasa
apa beza aku dengan dia?
NOTA TANGAN : u know u r on the right track when u become uninterested in looking back
Salam. Ayat yang penuh tersirat dan bermakna.
ReplyDeleteSelamat hari merdeka!