Hidup adalah sebuah perjalanan...
tanpa kita sedar terlalu banyak perkara yang kita
belajar secara naturally. Ianya adalah proses perjalanan apabila kita semakin mengenal erti kehidupan sebenar.
Proses mengenal erti sebuah kehidupan bukan sesuatu yang
simple, bukan semudah memasak megi kari, bukan semudah membancuh air teh o uncang, tapi perlukan kesabaran, kehendak masa dan
kematangan.
Jika difikirkan, dari kecik bagaimana kita pandai meniarap, kemudian merangkak, berjalan dan seterusnya berlari. tidak terhitung sebanyak mana kita gagal, jatuh, tersungkur untuk proses itu.. Semuanya berlaku secara semulajadi dan akan
dilalui oleh semua insan bergelar manusia. walau pada usia itu kita belum mengenal apa erti segalanya. proses itulah yang dinamakan perjalanan.
Semakin dewasa terlalu banyak perkara yang kita belajar, pelajari dan dijadikan pengajaran; erti kedewasaan kematangan, menjaga hati sendiri hati orang lain, impian kejayaan dan mengenal erti cinta kasih.
Semakin dewasa terlalu banyak perkara yang kita belajar, pelajari dan dijadikan pengajaran; erti kedewasaan kematangan, menjaga hati sendiri hati orang lain, impian kejayaan dan mengenal erti cinta kasih.
Kita tak pernah minta untuk kenal semua itu tapi ianya tetap akan
dirasai oleh setiap insan kerana ia adalah PERJALANAN yang wajib kita tempuhi. mahu tidak mahu itulah yang perlu kita tempuh walau kadang kita tidak mampu hadapi, tidak sanggup galasi
Jika semua perkara
nak ikut kehendak kita, takkan ada erti kekecewaan, takkan rasa kesakitan dan takkan muncul kepahitan. Segala galanya serba serbi indah.. perfect!
maka tiada istilah BELAJAR dalam diri kita! tiada erti kekuatan, ketabahan serta kesungguhan. proses belajar dalam sebuah perjalanan itu adalah untuk kita sedari kehadiran kekurangan, kekhilafan serta ketidaksempurnaan di mana kita di wujudkan..
tiada yang sempurna....
cacat cela itu adalah tuntutan hidup ini. selayaknya kita yang bernama manusia....
Bagaimana kita menjangkaui hati dan fikiran terhadap perjalanan hidup ini, ia menentukan keindahan yang bakal dimiliki
Hidup ini bukan mudah tapi ia indah..
indah bila tiba masa, indah jika kita redha, indah dengan apa adanya kita
NOTA TANGAN : Tuhan tidak pernah menjanjikan hidup ini tanpa masalah dan kesulitan, tapi Dia menjanjikan bahwa Dia tidak akan pernah meninggalkanmu sendirian.
No comments:
Post a Comment