anugerahkan aku cahaya yang gilang gemilang,


Apabila kerjaku banyak, 
penat lelahku adalah nikmat,
bersyukur aku,
kerana dapat aku menyumbang 
membiayai diri,
dan membantu keluarga,
serta memberi manfaat buat semua....

apabila kerjaku tiada,
masa itu adalah nikmat,
bersyukur aku,
kerana masih dapat berehat,
menyantuni keluarga,
bersilaturrahim mengerat ukhwah,
dan kreatif mencipta peluang baru...

walau apa jua ketentuanNya,
segalanya adalah nikmat,
bersyukur aku,
kerana Dia Maha Mengetahui,
apa keperluanku....

apabila aku bersyukur,
damai jua jiwaku,
yakin aku pada Nya,
Tuhan yang maha pemurah,
lagi maha mengasihani,
yang memberi rahmat kepada sekelian alam...

Wahai Tuhan yang maha bercahaya,
ampuni aku,
anugerahkan aku cahaya yang gilang gemilang,
tetapkan aku pada jalan kebenaran,
jalan ketaqwaan,
berikan aku petunjuk,
masukkan aku dalam golongan yang sentiasa mensyukuri,
yang tidak sesekali mendustakan apa jua nikmatMu.... 

Aamiin ya rabbal alamin








NOTA TANGAN : Nikmat Tuhan mana yang mampu kudustakan






No comments:

Post a Comment