hadiah 5th anniversary!



Buat insan yang bernama cinta,
yang sentiasa ada,
yang selalu senyum dan sakit bersama,
yang selalu cipta kenangan di mana mana,

Aku mungkin tak pernah menjanjikan yang indah indah belaka,
tapi aku nikmati setiap detik dan masa yang dilalui itu seindahnya ia,
kadangkala badai, onak, duri, ranjau datang menerpa,
itu juga dianggap indah kerana itu penambah rasa dalam hubungan kita,

maaf jika aku tidak sempurna di mata,
aku yakin ketidaksempurnaan itu melengkap segala,
demi tujuan bahtera yang dicipta,
bahagia itu tidak terluah dengan gambaran dan bahasa,
ia dapat dirasai di dalam hati juga jiwa,

Ada yang kaya penuh dengan harta,
ada yang selesa dengan wang berjuta,
tapi aku paling kaya di dunia,
kerana penuh dengan cinta,
bahagia itu sederhana,
gembira milik kita

wahai insan yang bernama cinta,
aku hargai semua benda kita bersama,
terima kasih untuk segalanya,
cinta ini milik kita,
semoga bertemu di pintu syurga

 HAPPY 5TH ANNIVERSARY, AZIE AZMAN! 01102015


 


Alhamdulillah berjaya mengharungi fasa pertama dalam perkahwinan dengan jayanya.. orang kata permulaan 5 tahun pertama adalah fasa pertama di mana ia amat sukar untuk dilalui.. 5 tahun ke 10 tahun adalah fasa yang kedua di mana ia lebih stabili.. moga kami dapat mengharungi fasa fasa dalam perkahwinan ini hingga ke akhirnya nyawa.. aamiin

seperti biasa bila ada tarikh tarikh keramat azie dan husband akan meraikannya walau sekecilmana pun ia tanda menyuburkan rasa cinta. ya! hari hari raikan cinta tapi bila tiba tarikh keramat, ia diraikan dengan lebih indah dari biasa untuk mencipta sebanyak mana kenangan dan saling menghargai yang boleh diingati sehingga ke hujung nyawa..

seperti tahun tahun lepas yang telah dikongsikan cerita di sini http://azziesamad.blogspot.my/2014/10/suprise-4th-anniversary.html

 pada tahun ini kami juga tidak meraikannya dengan terlalu meriah dan spending time terlalu lama atas sebab komitmen kerja.. tarikh ini setiap tahun berkejaran dengan masa.. highly busy dengan kerja dan komitmen tugasan yang perlu digalas. alhamdulillah!

pada tarikh 1okt2015 (khamis) azie diberi kepercayaan untuk beroutstation dalam melunaskan tugasan ceramah di kolej vokasional kuantan. atas sebab tugasan itu, maka kami tiada sebarang sambutan anniversary pada hari itu.. cuma ucapan demi ucapan secara personal yang kami lakukan.. kebetulan masa itu kami jauh.. azie di kuantan, dan tuan suami di kl.. jadi dia punya feeling tu lain sikit.. ahhh indah! macam orang bercintaaaaa! ^_^

tetapi:
sepulangnya azie dari kuantan, tuan suami terus mengajak azie survey hp sebab hp samsung mega azie sudah tamat riwayat dan hanya menggunakan tab lenovo yang berskrin besaq buat sementara waktu.

tanpa plan, tanpa target, tanpa persediaan rapi, 
akhirnya IPHONE 6 melekat di hati, tergenggam di tangan! hahaha.. beli on da spot tanpa kompomi.. hihihi.. alhamdulillah! itu dinamakan rezeki.. tidak dirancang sama sekali.. malah ia hadiah dari dia yang sentiasa di hati.. tuan suami tidaklah kaya harta, tapi dia kaya kasih sayang di mana dia akan mendahulukan keperluan dan keinginan puan isteri berbanding diri dia sendiri.. T_________T
terima kasih Tuhan, terima kasih cinta!


 dan kisah anniversary kali ini tidak sampai itu sahaja! pagi sabtu itu semasa melepak di mamak (rutin pagi di hujung minggu) tuan suami menzahirkan rasa mahu pergi ke Port Dickson untuk bersantai katanya kerana dekat dan mengambil masa sekejap serta jauh dari hiruk pikuk kota.. kami tidak boleh bercuti lama kerana pada isnin minggu seterusnya azie ada program ceramah dan tuan suami ada event pementasan teater.. maka PD adalah tempat terbaik pilihan kami untuk short vacation..

azie hanya mengiyakan sahaja dan kata ok apabila tuan suami menyuarakan hasratnya! then siap breakfast, balik ke rumah terus kemas baju dan kami pergi ke PD on da spot juga.. hahahaha

check in pun just walk in.. nasib rezeki kami ada bilik :)


 

 
 

 




 xtvt kami sangat simple! 
bersantai, bercanda di tepian pantai, makan makan dan makan, berbicara dari hati ke hati, melihat gelagat manusia dan menikmati keindahan alam yang maha Esa.. cukup relax dan santai.. simple tapi ia bermakna..

apabila kau terlalu penat atas kelangsungan kehidupan, percaya inilah ruang nikmat sebenar yang Tuhan beri kau rasa! walau simple tapi ia cukup bermakna.. maka bersungguh-sungguhlah dalam melakukan sesuatu, nikmat itu hanya kau dapat rasa.. ia anugerah dari yang maha Esa! :)

 Alhamdulillah! syukur! syukur! syukur!
moga kebahagiaan, kegembiraan dan senyuman ini hingga nafasku yang terakhir! aamiin







NOTA TANGAN : walau sesibuk mana, rai meraikan diraikan adalah rencah dalam kemanisan hidup







No comments:

Post a Comment