official fashion stylist di MISIFF 2015



azie sentiasa mengikuti perkembangan Moslema in style international fashion forward di media sosial.. seperti yang kita tahu misiff ini adalah batu loncatan untuk memperkukuhkan jenama butik tempatan

bagi azie Moslema in style ni sangat bagus kerana ia medium terbaik untuk butik butik diperkenalkan di peringkat antarabangsa dan membantu para usahawan bersaing secara sihat dalam industri .. azie pernah juga berangan angan suatu hari nanti jenama azie fazieda collections dapat menyertai fashion show anjuran Misiff ini..

buat masa ini ia hanyalah impian yang tak pernah padam.....

seperti orang mengantuk disorongkan bantal, tetiba azie dioffer oleh seseorang untuk menjadi salah seorang official stylist dalam event Misiff 2015!

owh bersyukurnya azie, hanya Allah yang tahu.. walaupun berkomitmen di backstage, tapi ia pengalaman yang cukup cukup berharga.. selain boleh mengasah dan memantapkan skill stylist azie, azie dapat berjumpa dengan pelbagai manusia bermacam ragam dan semua peringkat.. dari model, designer, owner, artist, founder malah berurusan dengan krew krew juga ia adalah sesuatu yang sangat manis dan tidak perlu dipersia..

event misiff 2015 ini melibatkan butik butik dari malaysia, singapore dan indonesia.. international.. maka azie dapat berjumpa dan berkenalan secara personal dengan pereka fesyen dan owner juga stylist yg dibawakan khas dari oversea.. di situ azie banyak belajar dengan mereka tips tips serta cara mereka berkerjasama.. ilmu itu luas, peluang itu datang bila bila masa.. sayang jika kita persiakannya..

alhamdulillah, alhamdulillah.. 
pengalaman ini cukup cukup bermakna buat azie, sangat terkesan di hati.. moga suatu hari nanti ia inspirasi untuk masa depan yang hakiki.. aamiin



















with founder misiff, tuan rizman and salah seorang stylist, puan farra alias



No comments:

Post a Comment