Jadilah orang yang bermanfaat





Nak hebat dalam perjuangan??? 

pertama, kita kena "Terima siapa diri" kita
sedar siapa diri kita yang sebenar

Bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan
Kita ni lemah tanpa kekuatan yang Allah pinjamkan
Buatlah yang terbaik selagi kita diberi kesempatan hidup kat dunia ini

Mesti TERIMA yang diri kita bukan sempurna 100%
Kita bukan hebat dalam semua perkara
Kita tidak boleh jadi kesemuanya
Tapi jadilah apa yang kita MAMPU jadi

Kita cuma perlu fokus mana yang kita nak jadi dan gilap bakat yang kita ada

Tak perlu jadi hebat dalam semua bidang
cukup dengan apa yang kita mahu impikan
Setiap yang diciptakan itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing
cari gali serta fahami di mana kelebihan dan kekurangan diri
Jangan terlalu menilai yang lain sehingga lupa siapa diri kita
  
berusahalah sungguh-sungguh dengan keringat yang kita ada
 Man Jadda Wajada' Walaupun hasilnya belum kelihatan
itulah kemenangan yang hebat dalam perjuangan

Allah melihat, malaikat mencatat setiap apa yang kita lakukan 
setiap niat serta usaha dinilai oleh yang maha Esa
janjiNya setiap perlakuan ada balasan 
samada yang baik mahupun yang buruk

maka jangan dikisah pada nilaian pandangan manusia




Tiada yang sempurna..
Begitu juga saya..
maka jadilah orang yang BERMANFAAT...





NOTA TANGAN : sebaik baik manusia adalah yang memberi manfaat untuk orang lain






No comments:

Post a Comment