program design your personality



Alhamdulillah ini adalah jemputan kali kedua azie untuk public program yang bertempat di Johor dengan organiser yang sama.

seperti yang pertama, sambutan untuk program design your personality ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada warga Johor.. program yang pertama azie ada berkongsi pengalaman di sini 

melihat senyuman, kehappyan wajah serta ucapan terima kasih daripada peserta adalah sesuatu yang tidak ternilai buat azie..

program ini berlangsung selama 3 jam yang merangkumi pembelajaran :

  • mewujudkan great 1st impression
  • kenali gaya personaliti diri
  • demonstrasi mekap simple tapi wow
  • DIY hijab style yang mudah, cantik dan selesa


itu matlamat utama program ini diadakan.. 
selain itu, azie melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti zumba, menyediakan hadiah peserta paling sporting, hadiah peserta paling stylo dan sebagainya.

Yang pasti setiap kali peserta hadir program azie, selain menimba ilmu, mereka akan dapat moment indah bersama peserta-peserta lain.. tidak seperti ke program lain, azie sangat menitikberatkan 'belajar sambil seronok' 'learn & fun'

alhamdulillah setelah tamat 2 program ini, feedback peserta sangat memberangsangkan.. syukur! moga ianya terus menjadi titik tolak penambahannilai kehidupan setiap orang.. aamiin














NOTA TANGAN : untuk next program, tajuknya adalah 'the power of women : cantik di mata, anggun di hati'








No comments:

Post a Comment