Raikan peningkatan




Jangan terlalu stress dan bandingkan pencapaian kita dengan orang lain...
 
 Sebab.....
kita perlu lebih tenang... Lebih matang

Raikan peningkatan yang sedikit...

mungkin sedikit bagi kita, banyak pada orang lain
boleh jadi juga besar bagi kita tapi kecil bagi orang lain

sedikit atau banyak,

besar atau kecil,

Raikan diri kita sendiri walau sekecil mana peningkatan sebelum kita menerima lebih banyak lagi peningkatan dalam diri...  

Jika yang kecil pun kita tidak mampu hargai, bagaimana Dia mahu memberi sesuatu yang lebih besar?
 
 Masih ingat lagi pesan guru,
Rezeki hanya datang kepada mereka yang punya jiwa yang besar dan hati yang bersih.. 

Apa pun yang berlaku dalam hidup kita, sentiasa lah balik pada DIA.. Bina PAKSI hakiki yang abadi antara kita dan Dia

Jika PAKSI kita sangat kuat, apa sahaja yang dibina PASTI akan kuat..
Lagi ramai orang yang dapat kita beri manfaat, lagi besar PAKSI kita..

Dulu............
Kita mungkin asalnya tidak ada apa-apa pun... 
pencapaian, kejayaan mahupun penghargaan
 
 Dulu............
mungkin kita bukan siapa siapa

bila Dia bagi, kita perlu bersyukur tidak kira banyak atau sedikit, besar atau kecil...
 
 Buktikan kesyukuran kita itu dengan lebih banyak sujud pada Dia yang Maha Esa.. banyakkan membantu orang lain pula ke arah kebaikan, banyakkan berkongsi rezeki ilmu mahupun wang, juga banyakkan memberi inspirasi kepada semua orang






NOTA TANGAN : PAKSI = tujuan






No comments:

Post a Comment