Dalam perjalanan hidup ini. Sebenarnya yang terburuk bukan kemiskinan,
bukan kebodohan, dan juga bukanlah nasib buruk.
Melainkan mental dan
perasaan malas, kemudian menjadi lelah untuk menjalaninya!
Seronokkah menjadi orang yang pemalas?
Orang yang malas tidak punya
cita-cita besar.
Orang malas sering melihat masalah dan tidak melihat
peluang.
Orang yang malas seringkali susah melakukan banyak perkara.
Orang malas meremehkan dan menagguhkan banyak perkara.
Tanya diri sejauh mana kita dihinggap rasa malas? Rasa malas akan menguasai diri bila...
Tanya diri sejauh mana kita dihinggap rasa malas? Rasa malas akan menguasai diri bila...
lebih banyak tidur dari berbuat sesuatu perkara manfaat
mengingatkan hiburan dari beribadat
suka menghabiskan waktu secara sia-sia dari bekerja
memenuhi kehendak nafsu makan dari menahan diri dan belapar seketika
seronok menonton TV dari membaca Al-Quran
berat dan lenguh segala fizikal kerana tiada kekuatan mental unutk bangkit
tidak mahu bercita-cita tinggi serta tiada azam yang jelas
mudah meminta tolong dari melaksanakan usaha sendiri
banyak menyalahkan orang lain dari diri sendiri
tidak bahagia dan banyak berkeluh kesah
Terlalu banyak memperlekeh dan menghukum orang lain
nauzubillahhi minzalik!
jauhilah sifat ini dari aku, suami, keluarga, sahabat handai dan kawan-kawaku!
Jika rasa malas, ingatkan pada diri bahawa kita sedang mengulit dan melayan syaitan
yang ada dalam diri.
Kuatkan minda dan perasaan, malas itu perlu
dilawan, dengan cara mendekati orang yang rajin, bermotivasi dan
bercita-cita murni.
Malas juga boleh diatasi jika diri ada kemahuan dan impian yang jelas serta
ada hasrat yang ingin dilaksanakan. Maka bila terdetik rasa malas,
ingatlah kerugian yang bakal menanti.
Berusahalah hari ini untuk nikmat
hari esok.
NOTA TANGAN : Jangan pernah lelah dengan apa yang diperjuangkan
No comments:
Post a Comment