ceritaraya 2016 azie


Assalamualaikum!
Diam tak diam syawal pula telah ke penghujungnya.. cepatnya masa berlalu.. rasanya baru sahaja menikmati meraikan kemenangan ramadhan.. baru sahaja berdiri bulu roma mendengar lagu raya yang berkumandang di radio, baru sahaja berseronok menikmati juadah raya..

Dan tanpa sedar, syawal juga hampir ke penghujungnya.. meninggalkan semua kenangan yang telah dicipta untuk tahun ini.. masa terlalu pantas meninggalkan kita. panjang umur inshaAllah berjumpa kita untuk syawal tahun depan dengan pelbagai kenangan baru. 

yang pasti kenangan itu haruslah seiring dengan usia yang semakin meningkat.. 

untuk tahun ini azie giliran raya pertama dan kedua di rumah sebelah tuan suami di kelantan. raya ketiga travel dari kelantan ke johor untuk bersama keluarga azie pula..

seperti tahun tahun lepas, apabila raya di kelantan ianya agak sama sahaja rutinnya sebab keluarga besar tuan suami kebanyakkan memang tinggal satu tempat yang sama. berkumpul beramai ramai di rumah nenek mereka dan selepas itu pulang ke rumah masing masing. tapi apa apa pun kemeriahan tetap dirasai kerana keluarga tuan suami memang agak besar dan pelbagai ragam yang dapat dilihat apabila bertemu..

tentang persiapan raya tahun ini, baju di sebelah kelantan untuk raya pertama dan kedua, azie memilih kain raw silk untuk baju azie dan tuan suami. persiapan ini agak last minit tapi tidak mengapa kerana di sebelah kelantan memang tiada 'baju tema'.. maka cukup untuk kami berdua membuat persiapan tersebut walau last minit.. seingat azie, baju raya azie dan tuan suami siap 2 hari sebelum menjelang syawal.. hihihi

untuk baju bermaterialkan kain raw silk ini, azie baru mencuba untuk keselesaan maksima.. yang menariknya material ini boleh dibuat baju lelaki mahupun wanita.. memang azie beli 'sekayu' untuk azie dan tuan suami.. :p kainnya agak mahal dari kebiasaan.. jika dilihat dari segi material memang tampak exclusive.. azie dah mempunyai 3 koleksi warna untuk material ini..

 
 

dan di sebelah azie pula, seperti tahun tahun sebelumnya persiapan raya agak terperinci.. jika tak silap sebelum puasa lagi kami sudah membuat persiapan tentang baju kerana azie dan adik beradik memang sepakat setiap tahun untuk mengadakan baju tema. baju tema sedondon ini bukanlah mengikut trend semasa.. ianya telah dipraktikkan oleh mak abah sejak kami kecil lagi.. jika dibilang berapa baju boria yang kami ada, memang tidak terkira. ^_^

untuk tahun ini, kami ada 3 pasang baju raya sedondon.. dan dan yang paling best baju raya kami adalah bermaterialkan kain saree.. azie suka kain saree sebab ianya simple but look gojes tanpa perlu aksesori tambahan lain seperti lace, manik labuci dan sebagainya.

 
 

untuk koleksi yang ketiga kami tidak sempat pakai bersama kerana tuntutan kerja yang perlu masing masing kembali ke tempat mencari rezeki..

Alhamdulillah, syawal kali ini dapat dijayakan dengan cemerlang.. doakan moga kita semua beroleh keberkatan dan penghijrahan abadi dalam menghayati 2 bulan (ramadhan syawal) penuh makna ini untuk meneruskan sisa sisa perjalanan kehidupan ini..








NOTA TANGAN : keluarga; cinta mati, bahagia hakiki,anugerah Illahi 
 Alhamdulillah












No comments:

Post a Comment