pengalaman menjadi Master Of Ceremony



Assalamualaikum!

Lama betul azie simpan entry ni actually.. dari hari ke sehari nak berkongsi tapi belum sampai seru orang kata.. hahaha

eh bukanlah! mungkin atas kekangan masa yang tidak duduk depan comp lama biasanya.. tapi walaubagaimanapun azie tetap ingin berkongsi kerana ia pengalaman yang cukup bermakna buat diri azie serta pencapaian diri azie sendiri.

Menjadi #masterofceremony bukanlah sesuatu yang biasa dalam hidup azie. ia adalah sesuatu yang baharu walaupun azie pernah masuk kursus pengacaraan sebelum ini. bukan tiada peluang dan ruang yang terbentang tapi mungkin kerana belum sampai masa untuk fokus dalam bidang tersebut.

menjadi emcee santai itu yang perkara biasa bagi azie yang pernah azie kongsikan di sini dan di sini , tetapi untuk emcee protokol tidak pernah mencuba dan belum pernah terfikir di minda..

kisahnya bermula azie ada kenal seorang yang berpangkat doktor dalam kursus azie sebelum ini.. Doktor ini merupakan training provider dan juga peserta dalam kursus azie selama 3 hari.. selama 3 hari kami berkampung untuk melunaskan tugasan, azie kenal rapat dengan doktor ini.. sangat baik dan penyayang.. azie dapat rasakan dia macam mak azie sendiri.. serius! bersam dengan doktor azie rasa sangat senang dan seronok dengan sikap dan perwatakan yang cukup sempurna di mata azie..

selepas kursus 3 hari itu, beliau ada beberapa kali menjemput azie untuk program dia juga, sentiasa contact memberi semangat dan kata kata motivasi.. ya! azie cukup terinspirasi dengan sikap beliau yang sangat humble dan penyayang itu.. terasa sungguh dekat di hati. ia membuka mata azie di mana semakin kita di atas, tiada sebab untuk kita sombong dengan orang yang lebih muda dan orang biasa biasa seperti azie ni. 

alhamdulillah! Tuhan hadirkan mereka untuk azie belajar tentang kehidupan ini.

hubungan akrab kami ini berlarutan sehingga tetiba beliau mengoffer azie untuk menjadi #masterofceremony perkahwinan anak sulong beliau.. katanya beliau suka dengan penyampaian azie.. Allahhh!

padanya mulanya azie agak keberatan untuk menerima.. tetapi apabila sentiasa diyakinkan oleh mereka sekeluarga dan mendapat sokongan padu tuan suami, azie menerima dengan hati yang terbuka.. mungkin ini tiba masa Allah buka ruang peluang dan jalan untuk kita terus melangkah ke hadapan.

niat utama azie ingin membantu sahaja sambil memberi manfaat buat orang lain juga menghargai persahabatan baik kami.


 

 keluarga mereka adalah keluarga contoh yang sangat azie kagumi.. Doctor Adlina merupakan seorang doktor, suaminya juga seorang doktor, pengantin perempuannya iaitu anak doctor adlina juga seorang doktor dan suaminya juga seorang doktor dan azie difahamkan kesemua anak doktor adlina merupakan doktor yang belajar di oversea! Allahhh! hebat sungguh keluarga ini!

Majlis mereka juga sangat mewah dan meriah dan tergolong di kalangan vvip vvip kesemuanya! 

azie bertuah terpilih menjadi sebahagian sebagai tenaga penggerak juga dianggap sebagai family dalam majlis gilang gemilang ini.. layanan mereka sangat superb dan azie merasakan bukan orang asing dalam keluarga mereka di mana hakikatnya memang orang asing pun.

pembelajaran kehidupan tidak pernah terhenti.. di sini azie banyak belajar tentang masa depan, kebahagiaan kejayaan dan yang penting silaturrahim dan kasih sayang sesama manusia.




 jika ini yang di namakan nikmat memberi manfaat kepada orang lain, inilah juga sebab utama azie harus perjuangkan segalanya!belajar sebanyak mungkin, memberi juga sebanyak mungkin.








NOTA TANGAN : Indah setiap percaturan Allah








No comments:

Post a Comment