Demonstrasi Hijab styling untuk pelajar


Baru baru ini azie dijemput oleh syarikat penerbitan yang terulung di Malaysia iaitu, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd untuk berkomitmen sebagai demonstrasi hijabstyling dalam program Hijabista untuk pelajar lepasan PT3 dan guru guru di Sek Men Keb Seksyen 19, Shah Alam.

pada mulanya azie agak terkejut juga kerana pesertanya terdiri daripada pelajar sekolah. tetapi apabila telah diexplain oleh wakil Karangkraf tentang mission yang ingin disampaikan melalui program ini, azie sangat teruja dengan isi kandungan program yang dianjurkan usahasama karangkraf dengan kaunselor sekolah tersebut.

ya! bagi pelajar lepasan PT3 ia terlalu muda untuk didedahkan mengenai fesyen terkini. tetapi dengan program yang diadakan, kita boleh membantu mereka mengetahui fesyen yang bersesuaian dengan umur mereka. pendedahan ini bagus bagi mereka terbuka dan tahu apa yang terbaik untuk pelajar seperti mereka. fesyen bukan sekadar ikutan tetapi ia harus didedahkan bagi kesesuaian dengan diri masing masing.

yang paling best dalam program ini adalah, sambutan dan kemeriahan daripada kesemua peserta.. Alhamdulillah









NOTA TANGAN : Apa yang terbaik untuk kita pakai adalah apabila kita tahu siapa diri kita





No comments:

Post a Comment