ada manusia yang celik tapi buta hati tentang itu..

azie nak buka rahsia bila stat azie berniaga, cm ne azie boleh terjebak dengan perniagaan dan kenapa azie berniaga.. saja maw buka pekung di dada supaya ramai yang tak salah anggap.. da lama azie dengar orang kata azie ni workaholic la, mata duitan la, tamak la.. macam-macam..! haish tabaik taw tuduh-tuduh cam tu.. masuk neraka jahanam nanti.. maw ka?? hikhikhik

azie sebenarnya dari zaman azie cinonet lagi minat berniaga.. azie suka tengok mak cik jual kepok lekor ngan air tebu tepi sekolah rendah dulu.. suka amik duet ktorunk.. suka amik duet azie hari-hari.. =p balik rumah azie selalu fikir, banyak betul duet makcik tu.. hari-hari dapat duet.. best woo..!! 

bila naik je sekolah menengah, azie request kat abah azie nak jual burger depan rumah, jual nasi lemak ke.. tapi jawapan abah sangat menghampakan.. huhuhu.. abah cakap 'abah masih mampu nak tanggung kamu semua.. tak yah susah nak kerja.. kerja kamu fokus pada belajar je..' huhuhu.. kiciwak habis!!


tapi berbeza dengan kat universiti.. masa 1st year azie tak buat pape perniagaan pun.. masih freshie.. masih tak taw pape selok belok kat penang yang mana negeri yang baru pertama kali dijejak.. masa tu baru nak bermesra-mesra dengan dunia baru.. seorang pelajar universiti yang pertama kali berjauhan dengan family.. sadis memang sadis.. pegang baju, pegang sabun, pegang berus, dok lama kat bilik air tak taw nak buat apa.. hohoho.. 1st time basuh baju guna tangan.. nangis jugak la.. huhuhu.. tapi alah bisa, tegal biasa! hihihi hantar dobi la jawabnya.. =D

2nd year kat universiti otak azie ligat fikir cam ne nak mulakan perniagaan yang mana da lama azie impikan , da lama azie idamkan.. dalam hati, azie kena buat sesuatu demi cita-cita yang terhalang selama ni.. chewaaahhh!! lagi-lagi azie ni tak boleh kikis sifat azie yang 1 ni.. huhuhu.. sifat SHOPPING SAMPAI LEBAM! adeiii.. maklum lah kan.. student ni kan sengkek.. mak abah kasi duet tiap bulan rm500 je.. ptptpu bape je dpt bila da tolak yuran n hostel.. mana nak cukup beb! contact lens azie je tiap bulan rm100 (harga dulu la), makan lagi, asgment lagi (kos grafik guna banyak duet), duet minyak kete lagi, itu ini lagi, bla bla lagi.. weh tak cukup beb! sangat tak cukup.. huhuhu..

sebab tu juga azie nekad sangat nak buat part time berniaga nih.. boleh dapat duet hari-hari.. yess.. yesss..!! pikiaq punya pikiaq.. azie dapat idea nak buat bisnes printing.. azie beli printer 3 in 1.. boleh print, scan n photostat.. masa tu memang la laku sangat sebab dorunk nak print asgment malas nak kuar g kedai.. so bilik hostel azie jadi kedai printing.. tengah malam buta pun azie buka.. hohoho.. masyuk memang masyuk.. sonok giler babas time tu! bila da ramai regular customer ni, azie pun jual la topup pulak, then amik upah buat design, then jual novel.. hohoho.. multipurpose gitewww! hakhakhak.. tapi sumpah tak ganggu masa study!!

then lepas abis belajar, azie bertuah sebab terus di offer kerja sebagai designer.. best la kan.. di saat kawan-kawan masih menghantar resume merata-rata, azie da merasa duet gaji.. tapi fresh graduate kn.. gaji tak banyak mana.. setakat nak dekat rm2k tu dok kl, makan pun lekat celah gigi je.. hohoho.. nak shopping cam zaman belajar memang tak arr..!! huhuhu sadis jugak bukan??

so azie pun berniat mahu mulakan semula perniagaan.. mula-mula nak jual nasi lemak tepi jalan dari kol 6 pagi sampai kol 8 pagi je.. then kol 9 masuk opis.. tapi orang kata agak-agak ar.. robot giler! fikir punya fikir, sebab azie suka pakai selendang, baik azie jual je selendang.. buat online.. dapat idea terus keluarkan modal.. stop thinking to much, juz do it..!! alhamdulillah sambutan amat-amat menggalakkan sehingga tertubuhnya syarikat FAZIEDASITE ENTERPRISE.. dan bukan setakat hanya selendang azie niaga.. azie buat freelancer design, azie buat bisnes online, azie buat e-learning consultant, azie jual kek, azie jual kerepek, azie buat service mekap.. jual orang je belum lagi.. (^_^)

dan sehingga sekarang azie masih menjalankan pelbagai perniagaan dan akan terus perjuangkan perniagaan azie.. ada je peluang depan mata azie terus grab.. tak kira la orang nak gelak ke azie jual kerepek, orang nak boo ke azie jual tdung kat uptown, orang nak benci ke azie selalu promote.. ah persetankan dajal yang ingin menjatuhkan.. malu?? ah azie bukan telanjang bulat depan orang.. wat pe nak malu.. azie buat benda halal apa.. azie lagi malu kalau azie da berusia tapi tiada apa-apa harta.. azie lagi malu kalau hidup senang tapi sebenarnya menumpang kesenangan orang lain.. apa kepuasan dan kenikmatan hidup yang kita ada??? yo tak??

ada yang bertanya, 'mengapa zie ko nak susah-susah sedangkan family ko mampu nak bantu ko.. nape zie sedangkan ko da ada kerja tetap, napa zie, sedangkan ko ada somi yang boleh tanggung ko??' wadehel punya soklan la.. 

bukan ke tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.. so korunk pilih la nak yang mana ok? even azie taw mak abah azie tak harap pun duet yang azie kasi tiap bulan, dan kadang-kadang mereka tak nak amik pun tapi tanggungjawab serta keberkatan itu yang amat-amat penting sekali..!! bagi yang meminta-minta kepada somi pula, bagi azie sebagai seorang isteri, suami bukan untuk dibebani, tetapi untuk disenangi.. mereka juga manusia biasa.. ya azie paham, kadang-kadang ada manusia yang celik tapi buta hati tentang itu.. (^_^)

azie bersusah payah sekarang untuk kepuasan diri okai.. nanti da tua, azie boleh cita kat anak-anak, cucu cicit tentang segala pengalaman yang azie ada.. yang penting tamo menyusahkan orang lain.. itu azam azie.. azie mahu disenangi, tidak mahu membuat beban kepada sesiapa.. niat azie cuma 1, mahu membahagiakn mereka yang pernah membahagiakn selama ini..(^_^)

azie tak kata azie da betul-betul berjaya.. tidak sama sekali.. azie hanya mahu berkongsi apa yang azie rasa.. itu saja.. bila da terbiasa tunggang terbalik berusaha untuk mengecapi sedikit kejayaan, azie seronok melakukannya.. azie tak boleh dok diam.. jika ada sedikit ruang berehat, azie jadi cam tak puas hati.. rasa cam azie da terbazir masa.. huhuhu.. sampai begitu sekali.. 

azie berusaha bertungkus lumus sekarang untuk menggapai impian akan datang.. sebenarnya cita-cita azie cuma 1, impian azie cuma 1, azie tak pernah cerita pada sesiapa.. mungkin sekarang baru terdetik mahu berkongsi.. AZIE MAHUKAN KEBEBASAN MASA, KEBEBASAN WANG.. sampai masa, azie mahu berjihad sepenuhnya di jalan Allah.. aminn. amin.. ya rabbal alamin..


NOTA TANGAN: azie bersyukur dikurniakan insan yang bernama suami yang sentiasa menemani azie  masa susah dan senang!

2 comments: