ini sindrom kes azie dijemput jadi speaker tok program seminar kerjaya yang pernah azie cite kat sini..
weh, semakin dekat harinya semakin azie dup dap, dup dap, dup dap.. fuh serius giler babas berdebar nih.. hadoyaiii! maw tercabut urat perut nih.. huhuhu.. lagi-lagi pepagi tadi azie baru dapat surat tentang tentatif programm.. mak aiii.. dato'-dato', prof-prof sume ada..!! gulp..
setakat beri ucapan untuk menjadi pengerusi majlis cm ni, boleh tahan lagi..
jadi mc cam ni pun, ok lagi..
tapi perasaan itu bukan bermakna azie bacul mahupun tak yakin pada diri sendiri, cuma perasaan tu memang semulajadi ada walaupun azie nak g meeting ataupun jumpa customer ataupun nak masuk bilik bos..!! (^_^) sedikit sebanyak ia tetap ada.. itulah kelemahan azie.. perasaan gugup mengalahkan orang yang nak akad nikah.. hihihi
lagi-lagi ini baru 1st time azie jadi speaker secara offical.. kena memberikan ilmu kepada orang lain untuk masa depan mereka, lagi lah azie rasa tertanggungjawab di atas apa yang ingin azie sampaikan nanti.. dan yang paling penting jemputan itu DIBAYAR! mestilah azie mahu buat yang terbaik.. azie taknak dikatakan hanya melepaskan batuk ditangga.. saja nak femes walhal sedikit input pun takde dalam isi ceramah tu nanti.. tamo la cm tu kan.. (^_^)
azie sahut cabaran ini demi keyakinan, demi masa depan serta demi pengalaman yang mungkin jarang sekali orang lain ada.. dengan kepercayaan yang telah diberikan, azie sambut kepercayaan itu dengan membalas segala kepercayaan untuk mereka juga.. mudah bukan..!
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
NOTA TANGAN: 'kalah sebelum berjuang ibarat mati sebelum ajal'
wahhh azie, dasyat la u.. gd luck ok..^^
ReplyDeletehihihi,, biasa je iema.. thnx taw..
ReplyDelete