azie nak cakap jugak dunia ni sangat kecik.. kecik sangat-sangat! huh serius weh.. azie dapat lagi kebetulan yang amat mengujakan.. (^_^)
alkisahnya begini...
wekend baru ni, azie ngan family pulang ke kampung nenek di sg besar, selangor.. bila da sampai sana, mak n abah azie planning nak g jumpa kawan sekolah mereka yang da hampir 30 tahun tak berjumpa.. wow! lama tu.. kira maw jejak kasihan la ni.. hihihi..
so azie ngan adik beradik yang lain pun join la sekaki membontoti mak n abah g umah kawan mereka..
sesampai je kat sana, kami agak terpegun dengan keunikan rumah si kawan sekolah mak n abah ni.. sangat terpegun apabila rumah mereka 3 dalam 1.. rumah gabungan dengan galeri juga digabungkan bersama homestay!
weh giler bapak unik!!!
jejak je kaki ke rumah si kawan sekolah mak abah ni, azie da terfikir dan terasa macam bukan calang-calang orang mereka ni.. tapi sekadar berkata-kata di dalam hati shj sebab mengikut cerita mak, si kawan baik ni cuma seorang jururawat dan suaminya seorang guru.. suami isteri kawan baik mak dan abah semasa di sekolah.. jadi tiada apa yang istimewa dari sudut penceritaan mak..
tapi bila di sana, sembang punya sembang rupanya, kami bertandang ke rumah HARON MOKHTAR!! weh haron mokhtar tuuu... TOKOH SENIMAN NEGARA.. wawiieee.. gilak ah! dulu azie hanya dengar nama yang selalu disebut-sebut oleh cikgu masa belajar seni visual di sekolah je.. sekarang azie jumpa depan mata tanpa di rancang! fuh! rezeki.. rezeki.. (^_^) sangat tak disangka-sangka..
bagi yang masih blur-blur sape haron mokhtar nih.. pegi kat en google dan search nama tu.. ha baru korunk taw sape.. tengok sume artwork beliau.. sume tu azie da tengok.. hohoho jangan jeles..!!
ni azie kasi 1 link.. ada banyak lagi link yang menarik tentang beliau.. cari sendirik okai!!
hasil tangan beliau yang terbaru yang cuba di manipulasi oleh budak jakun nih..(^_^)
berlatar belakangkan lukisan yang terbesar.. wow!
dapat gift dari yang empunya badan.. bertuah!
nak tumpang populariti.. hikhikhik
after 30 years.. jejak kasih yang terjejak..
persediaan rapi menanti kehadiran kami.. bangga haku noq!
menikmati makanan dengan khusyuk!
tengok, mak abah azie bawak segerombolan rakyat bertandang ke rumah mereka..
NOTA TANGAN: bersyukur dengan segala perancangan Tuhan yang maha tepat..
No comments:
Post a Comment