ini dunia aku n en somi yang punya..!! hohoho

azie da jatuh cinta lo.. tetibe jek suka bangat sama ini lagu.. 24 jam maw dengar lagu ni.. rasa ada 1 perasaan dan semangat yang sangat pelik.. (^_^)
sampai nak tido pun soh en somi dodoi ngan lagu nih.. hahahaha.. giler melampau! =p




tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

** tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji 

bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta


NOTA TANGAN: feeling jiwang giler gaban punya.. hikhikhik


da longgar skru-skru badan nih!

haish da bersawang rasanya rumah maya azie nih.. lame bebenor tak menghupdate entry.. azie betol-betol busy tahap gaban giler.. huhuhu.. almaklumlah kan.. azie ni sekadar makan gaji yang mana seluruh tanggungjawab dan tenaga hanya diserahkan pada yang empunya kuasa.. ceh ayat memang sentiasa maw suci.. hohoho..

sekarang berlangsungnya pesta buku antarabangsa kat pwtc.. disebabkan namanya antarabangsa, so company azie pun join la.. bila company azie join, azie pun terjoin la sekaki.. lagi-lagi azie dipertanggungjawabkan untuk memegang amanah jadi akauntan tak diiktiraf.. lagi la berat tanggungjawab tu.. penat??? memang penat!!! orang ramai giler.. seluruh malaysia turun.. semalam pun orang brunei datang borong novel.. huh! lagi-lagi sekarang waktu klimaks.. tinggal 2 hari lagi.. azie da rasa longgar skru-skru badan da ni.. da 8 hari berkampung kat pwtc.. 
so bersiap sedia dengan ketahan mental dan fizikal!! 
dapat g spa nih, heaven giler ah.. dewi day spa,,, wait me okai!!!!

tapi kat sini, azie dapat banyak pengalaman berharga.. sangat banyak.. best memang best.. azie belajar banyak benda.. azie jumpa orang pelbagai ragam.. azie banyak kenali hati budi manusia.. azie boleh kenal ramai orang yang luar biasa.. haish memang tak terkira la pengalaman tu... 
pengalaman kan semakin mendewasakan.. (^_^)

sebenarnya ada banyak lagi yang azie nak berceloteh kat sini, tapi cam biasa lah kan.. masa ni terlalu cemburu ngan azie.. ngan orang lain taknak cemburu lak.. azie juga yang dikejar masa. huh! =D

sebagai peneraju kelab, azie amik kesempatan pesta buku tu untuk menghimpunkan kesemua kawan-kawan yang giler novel untuk join kelab kakiNovel.. so korunk layan gambar je la ek..
(^_^)
 enjoy! sume ahli sporting giler!

 ni ajk havoc!

 posing itu pasti.. 

 peace no war okai!

 sue, tie, nad, azie, lela n kak yan..

 penyampaian hadiah!

 ksue dapat hadiah terbaikkk!

menggedik bersama kak lala lela.. 


NOTA TANGAN: 10 hari tak datang opis, rasa cam da lupa jalan balik opis lo.. hihihihi..




sumpah sayang hingga ke syurga.. (^_^)

Orang kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mak
Bila lapar, yang suapkan aku..mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.. mak!
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja… aku dekati mak
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila nakal, yang memarahi aku… mak
Bila merajuk… yang memujukku cuma..mak
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..makBila takut… yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..mak
Aku selalu teringatkan ..mak
Bila sedih, aku mesti talipon… mak
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… mak
Bila bengang.. aku suka luah pada ..mak
Bila takut, aku selalu panggil.. “makkkkkkkkkkkkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu..mak
Bila ada masalah, yang paling risau.. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, mak
Yang selalu berleter kat aku.. mak
Yang selalu puji aku.. mak
Yang selalu nasihat aku.. mak
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…mak
sekarang bila sedih, 
aku tak nak bagitahu mak sebab aku taknak mak risau...... (^_^)
tapi aku tetap akan kol mak sebab bila dengar suara mak, 
hatiku jadi sejuk dan tenang.. 
mak adalah kekuatanku...




harini hari ulang tahun mak yang ke 48 tahun.. pepagi azie kol mak.. semalam mak baru balik dari tanah suci.. azie jumpa mak.. 

makk.. NORHASHIDAH AMRAN...
tiada madah terindah yang dapat diungkapkan dengan kata-kata.. tiada susunan kata yang manis yang dapat menggambarkan perasaan adik kepada mak.. hanya Allah yang menjadi saksi bagaimana kasihnya perasaan adik ni terhadap mak.. sumpah mak..!! sebagai anak tiada manusia yang dapat meletakkan kasih sayang yang tertinggi melainkan kesempurnaan mak sebagai ibu.. mak adalah yang terbaik.. adik janji adik akan pegang setiap kata-kata serta ajaran mak hingga hujung hayat adik.. insyaAllah..


NOTA TANGAN: sumpah sayang hingga ke syurga.. (^_^)






untuk dia, wajah kesayangan hamba..(^_^)


Andainya abang tahu..
Apabila sayang jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hati sayang.

Andainya abang tahu..
Apabila sayang mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna sayang lemah,
tetapi sayang sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai abang.

Andainya abang tahu..
Apabila sayang marah,
memang sayang tidak mampu mengawal perasaan
tapi percayalah, itulah maknanya
sayang sangat mengambil berat dan menyayangi abang.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya abang tahu..
Apabila sayang bercakap banyak,
sayang tidak pernah bermaksud untuk membuat abang rimas,
tapi sayang mahu abang mengenali sayang dengan lebih dekat.

Andainya abang tahu..
Apabila sayang berkata mahu abang berubah,
itu bukan bermakna sayang tidak mahu menerima abang seadanya,
tetapi sayang mahu menjadikan abang lebih baik,
bukan untuk diri sayang,
tetapi untuk masa depan abang.

Andai abang tahu..
Apabila sayang cemburu dan tidak percayakan abang,
bukan bermakna sayang tidak sayang..
tetapi sayang terlalu sayangkan abang
dan masih menganggap abang anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 sayang terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
abang akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuan sayang sangat kuat.
sayang hanya mahukan yang terbaik untuk abang.

Andai abang tahu..
Apabila sayang merajuk,
jangan kata sayang mengada-ngada.
sayang bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat sayang rasa dihargai.

Andai abang tahu..
Apabila sayang jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud sayang tidak menyintai
tetapi dia mahu abang merasai sendiri cinta sayang,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuh.

Andai abang tahu..
Apabila sayang kata sayang rindu abang,
sayang benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayangan abang akan sentiasa bermain di mata.

Andai abang tahu..
Apabila sayang kata lelaki lain itu lebih baik dari abang,
jangan percaya kata-kata sayang
kerana sayang hanya mahu menguji abang.
sayang mahu melihat sejauh mana abang sanggup menjadi yang terbaik di mata sayang.
Walaupun sebenarnya memang abanglah yang terbaik di hati sayang.

Selagi sayang dengan abang, percayalah,
walaupun sayang menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di mata sayang
tetapi di hati sayang, abang tetap yang terbaik.

Andai abang tahu..
Apabila sayang menjadi degil,
sayang bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi sayang mahu melihat
sejauh mana abang mampu bersabar dengan kerenah sayang.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai abang tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
sayang tidak bermaksud menyuruh abang pergi selamanya.
sayang hanya mahu menenangkan fikiran sebentar saja.

Apabila sayang kembali tenang,
percayalah sayang akan mencari abang semula.
Itu tandanya sayang benar-benar menyintai abang.
sayang sukar untuk mengawal perasaan.
sayang terlalu emosional.
Tapi sayanglah yang paling menyayangi abang
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri abang.

Andai abang tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.


NOTA TANGAN: khas buat suami terchenta, EN AZMAN MAT GHANI.. (^_^)



da tercapai ke cita-cita korunk tu.. (^_^)




adakah pekerjaan anda sekarang adalah cita-cita anda yang pernah diimpikan sewaktu kecil.. (^_^) kongsikan bersama kami ye..

ok kat sini azie nak kongsikan juga la.. terus terang azie katakan bahawa cita-cita azie masa kecik dulu belum tercapai lagi.. waaaa.... tapi kan.. kan.. kan.. huhuhu.. sebenarnya azie tak de cita-cita yang spesifik pun masa kecik.. kadang-kadang tengok cikgu, nak jadi cikgu, tengok polis, nak jadi polis, tengok ustazah, nak jadi ustazah, tengok kerani, nak jadi kerani, tengok penyanyi, nak jadi penyanyi.. aduyaiii la..!! memang tak tetap pendirian pun azie ni.. dulu mana la tahu cita-cita tu apa.. dalam hati janji bila besar nanti, nak duit banyak, nak rumah besar, kereta canggih, suami hensem.. perfect!! (^_^)

bila da besar sikit, mula la tanam cita-cita nak jadi lecturer.. sebab rasa cam lecturer ni agak berduit dan tinggi sikit pangkat dari cikgu.. hohoho.. sebab dulu masa sekolah azie ni agak nakal sikit.. selalu buli cikgu.. sampai cikgu pernah cakap ngan azie n satu kelas.. 'saya sumpah awak sume jadi cikgu!! baru awak sume rasa apa yang saya rasa!!' azie kata dalam hati.. azie nak tinggi sikit dari cikgu.. azie nak jadi lecturer okaiii...!!! hahaha.. kononnya nak protes apa cikgu cakap la tu.. tapi sumpah azie ni jenis manusia kurang sabar.. takut habis dilenyeknya anak murid yang degil-degil @ lambat paham ni.. contoh terdekat ada depan mata.. dulu masa ajar adik azie yang bongsu membaca, budak kecik tu selalu menangis teresak-esak kena cubit ngan azie.. =D

tapi bila da masuk u, azie amik kos design.. tapi sebenarnya azie tak de hati pun nak jadi designer.. sebab azie suka freedom n tak suka dikejar oleh dateline! musuh utama azie dalam hidup masa kat u adalah dateline! tapi cam biasalah bila kita kata kita tak suka.. benda tu la yang selalu hadir dalam hidup kita kan.. lepas azie abis study, azie terus ditawarkan oleh sebuah syarikat penerbitan untuk menjadi designer.. mula-mula tu berat hati juga nak pergi.. 2 kali azie tangguh datang interview tapi atas dorongan dan nasihat family azie, azie teruskan juga.. orang kata da rezeki kan.. alhamdulillah azie happy dengan suasana kerja.. (>_<)

disebabkan azie dok kl, azie dapat rasakan gaji yang azie terima setiap bulan cam tak mencukupi nak menampung kehidupan azie kat sini.. lebih-lebih lagi tuntutan fitrah manusia untuk berkahwin.. so sebulan azie kerja, azie da terfikir nak wat part time.. azie taknak cari kerja lain sebab azie yakin masa depan azie kat syarikat ni.. so buat part time adalah yang terbaik.. so lebih kurang 4 bulan bekerja, azie da ada kerja part time iaitu berniaga dan freelancer.. azie happy.. dengan berniaga tudung n buat freelancer design ni la azie n en somi dapat buat perbelanjaan perkahwinan dengan gilang gemilang selepas hanya 10 bulan kami bekerja.. syukur!!!




so kat situ azie da nampak sedikit keterbukaan minda azie terhadap masa depan, cita-cita dan impian azie.. azie jadi sangat teruja.. azie sangat minat berniaga dari kecik lagi tapi azie tak pernah terfikir cita-cita nak jadi seorang peniaga sebabnya kita mentaliti melayu memang da di setkan dalam minda untuk bekerja di bawah orang.. maaf kalau isu tu sensitif.. tapi itu yang azie rasakan.. tapi azie tak la memandang rendah orang yang masih bekerja di bawah orang ni sebab azie juga masih seorang pekerja.. =)) bekerja juga penting untuk pengalaman bukan.. 

sekarang azie da nampak apa yang azie cari selama ni.. cuma sekarang azie masih perlu berusaha keras untuk menggapai cita-cita tersebut.. korunk jangan gelak taw apa cita-cita azie sekarang.. hihihi.. malu seh nak cakap tapi alang-alang cakap, teruskan je la kan share kat sini.. (^_^)  
cita-cita azie nak jadi 'bos'.. 
ok bye!! hohoho



NOTA TANGAN: ada ke orang bercita-cita cam azie ek.. (^_^)





mati hidup semula???


da lama azie mengkaji dan mencari.. finally azie jumpa jugak.. azie pernah cite kisahnya di sini yang mana azie pernah bermimpi azie telah pun kembali ke rahmatullah.. puas azie fikir, puas azie renung apakah petanda mimpi itu.. tapi hari ni baru azie jumpa dan segalanya telah terjawab.. yesss!! alhamdulillah.. tapi ini sekadar tafsiran.. tapi jika ya, hanya syukur kepada yang maha Esa atas petunjuk itu.. (^_^)


Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Melihat seolah-olah anda mati, kemudian anda hidup lagi, bererti anda mempunyai dosa kemudian anda bertaubat.



NOTA TANGAN: sentiasa mahu perubahan dalam diri.. taubat adalah salah satunya azam untuk memperbaiki diri.. (^_^)



kenapa saya sayang sayang saya.. (^_^)


pening tak korunk baca title post tu.. hihihi.. tak kan? tak kan?? yess!!! 
kenapa saya sayang sayang saya..?? kenapa awak sayang sayang awak?? kenapa dia sayang sayang dia?? haaa.. nak tambah kepeningan la ni.. haish!!!! 



AZIE SAYANG SAYANG AZIE SEBAB SAYANG AZIE SAYANG AZIE
hohoho..!!! haaa... korunk sebut dengan intonasi yang betul okaiii.. barulah korunk akan paham.. hihihi.. agak kepeningan dengan tugasan mencipta soalan teka silang kata.. ya.. buat soalan lebih susah dari jawab soalan.. betul ke sangat betul..?? sampai bersilang-silang otak azie ni da dok mikir.. hohoho.. so saja ketersilangan otak azie ni, azie nak share kat sini.. (^_^)



NOTA TANGAN: entry takde kerja..(^_^)



puas ke?? tak puas?? (^_^)

Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah ooo sayangku

Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakkanku
Setelah kau dapatkanku

Mungkin hanya bila ku mati
Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai

Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tega khianatiku


NOTA TANGAN: layan wali.. (^_^)



petunjuk masa depan!


wow! ada sesuatu cabaran bakal ditempuhi.. syabas bete!!! ia bakal menguji segala-galanya.. bersedia mental n fizikal dari sekarang!! bersedia untuk perubahan masa depan!! bersedia untuk menghadapi hari mendatang!! 
yesss!!! azie, u 'll do it!!



NOTA TANGAN: syukur Tuhan telah beri petunjuk awal atas segalanya! 
so get ready!!!


dunia azie penuh dengan dunia kenovelan..

malam ni azie belajar sesuatu yang amat-amat berguna untuk masa akan datang.. bertuah dapat dipertemukan dengan seorang hamba Allah ni.. azie dapat kenal akk ni sebab kerja yang azie buat sekarang.. dunia azie penuh dengan dunia kenovelan.. jadi akk ni ingat azie seorang peminat novel tegar sebab kes, ada gambar azie berpeluk-pelukan bersama penulis.. jadi dye add azie di fb.. tapi sebenarnya gambar tu azie jadi urus setia program beramah mesra bersama penulis.. (^_^) sejak dye add azie kat fb ni, kami selalu bertukar pendapat sehinggalah harini dye da terluah segala pengalaman hidup dye.. sadis jugak.. sehingga mengalir airmata.. T_________T

 ni gambar kontroversi tu..!! di tag oleh si penulis novel..

ha tengok si baju merah tu.. masih pegang mic, petunjuk azie adalah petugas.. huhuhu


akak: huhuhu...kadg2 azie, kekecewaan itu yg menjadikan kita lebih matang tau

azie: betul tu kak
setuju sgt

akak: memang semuanya sakit, tapi ia buat kita menilai diri kita setakat mana kita mampu melalui dugaan hidup
mcm akak, kenapa akak jadi tegar nak baca novel, sebab novel adalah pengubat segala kesedihan dlm hati dan pengubat kesunyian

azie: ooo
bgs cm tu kak


akak: ada sebab azie kenapa sesuatu itu berlaku..

azie: betul kak


akak: sudahlah cerita sedih2 ni....kang nangis pula nanti


azie: hehehehe


akak: betul azie, akak ni cepat terasa tau. selalunya kalau baca novel sedih, siap teresak-esak lagi tau. mulalah hidung sumbat.


azie: menghayati watak
:)


akak: memang mhayati jln cerita tapi ada juga yg menyentuh perasaan yg kdg2 ssama ngan hidup kita sendiri


azie: :)
akk ni mmg pencinta novel


akak: kita tak pandai nak luahkan melalui warkah mcm tu, sekurang2nya apa yg berlaku adalah panduan utk kita mencari penyelesaian kepd masalah
hidup ni senang azie, tak perlu nak cari pakar2 motivasi bgmana nak uruskan hidup kita, lihat ajelah apa yg blaku didepan kita dan hayatilah apa yg kita baca. semua itu adalah guru yg sgt bguna. akak ni azie, mcm2 kesusahan yg tlh dilakui. jadi dah lali nga segala macm masalah

azie: kata2 akk berkesan kt hati azie

akak: akak ni pernah sakit tau azie...10 thn akak dibuang keluarga semata-mata akak memeluk islam...sakit sangat masa tu azie...terkapai-kapai seorg diri di perantauan


azie: astagfirullah
skg cm ne kak


akak: skrg oklah bila akak dah kahwin dan ada anak


azie: alhmdulillah
ble akk convert


akak: masa sekolah tingkatan 6 bawah
tahun 1989


azie: cm ne akk terbuka hati ttg islam
maaf tnye


akak: pjg cerita dia azie
susah nak cakap


azie: ooo
then cm ne akk meneruskn kehidpan tnpa family


akak: ya allah sakitnya azie. akak duduk ngan keluarga angkat yg cikgu akak kenalkan
dua suami isteri org sibuk (doktor)
akak ni yg uruskan semua benda dlm rmh dan dlm masa yg sama akak ni bkerja juga
kenalah pandai bawa diri kan bila kita menumpang rmh org
tapi kakak angkat akak tu baik sgt
cuma dia memang sibuk
semua kelengkapan anak2 dia akak yg uruskan
pernah akak jaga anak dia seramai 5 org selama 3 tahun semasa dia suami isteri ambik phd di uk


azie: syukur msh ada yg mulia


akak: akak jaga anak mrk tau
tapi tetap ada masalah juga


azie: npe kak


akak: ya lah selagi hidup, tetap tak blh lari dr masalahkan
susah azie nak jaga anak2 org tau.
masa tu anak dia dr yg kecil 5 thn sampai yg berumur 15 thn. azie bayangkan 3 tahun tau bukan nya 3 bulan atau 3 hari
setiap mlm blk kerja kdg2 tidur jam 2 3 pagi
sampai jiran pun kasihan lihat hidup akak ni
tapi yag akak sedih, anak dara dia tuduh akak ambik barang dia


azie: ooo


akak: sedangkan bila akak mengemas, akak simpan brg2 mrk dlm beg
walaupun dia minta maaf, tapi hati akak sgt terguris
sampai satu masa, akak menangis, merintih ingatkan mak ayah akak (part ni azie tak boleh tahan.. terus airmata ni tumpah bagai anak kecik nak susu.. yela kan.. sekarang mak abah azie jauh nun di tanah suci.. sekarang kalau azie ada masalah pun pasti sedih bagai nak rak ingat orang tua kita..)


azie: beratnya dugaan akk


akak: akak bila mak ayah mrk blk, akak terus tinggal ngan kakak angkat lain yg masih dara
memang azie....sebab itu skrg ni, bila masalah sikit, akak tak rasa apa-apa pun
akak ni dah lali tau


azie: tp alhmdulillah hidup akk skg lebih baik kn


akak: memang azie, tak kaya tapi alhamdulilah. suami akak sgt baik, dan akak ada kerja tetap dan ada anak2 dan ada segalanya
tak ada apa lagi yg akak nak kejar
cuma selalu kejar baca novel aje hihihihi (part ni azie agak terharu dengan anugerah yang Tuhan berkan pada dye.. beruntung dapat suami n anak-anak cam tu)


azie: alhamdulillah

akak: ya allah akak sebenarnya tak pernah tau cerita kat org cerita2 mcm ni
mlm ni emolah pula
pening kepala kamu dengar cerita akak ni

azie: eh xpe kak
azie pn tgh bersedih sebenarnya mlm ni kak
hihihi

akak: kenapa pula....
alah kenapa semua org sedih hari ni

azie:  sebab dengar cite akk.. :)

bersyukur sangat.. di saat hati sedang gundah gulana, ada juga mereka yang sudi menjadi pembakar semangat, ada juga sudi berkongsi sedikit motivasi, ada juga yang boleh dijadikan sebagai pengajaran..  (^_^) alhamdulillah..

NOTA TANGAN: tak sabar tunggu kepulangan ayahanda dan bonda yang tercinta.. 2 days more!!!