Andainya abang tahu..
Apabila sayang jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hati sayang.
Andainya abang tahu..
Apabila sayang mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna sayang lemah,
tetapi sayang sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai abang.
Andainya abang tahu..
Apabila sayang marah,
memang sayang tidak mampu mengawal perasaan
tapi percayalah, itulah maknanya
sayang sangat mengambil berat dan menyayangi abang.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya abang tahu..
Apabila sayang bercakap banyak,
sayang tidak pernah bermaksud untuk membuat abang rimas,
tapi sayang mahu abang mengenali sayang dengan lebih dekat.
Andainya abang tahu..
Apabila sayang berkata mahu abang berubah,
itu bukan bermakna sayang tidak mahu menerima abang seadanya,
tetapi sayang mahu menjadikan abang lebih baik,
bukan untuk diri sayang,
tetapi untuk masa depan abang.
Andai abang tahu..
Apabila sayang cemburu dan tidak percayakan abang,
bukan bermakna sayang tidak sayang..
tetapi sayang terlalu sayangkan abang
dan masih menganggap abang anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 sayang terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
abang akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuan sayang sangat kuat.
sayang hanya mahukan yang terbaik untuk abang.
Andai abang tahu..
Apabila sayang merajuk,
jangan kata sayang mengada-ngada.
sayang bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat sayang rasa dihargai.
Andai abang tahu..
Apabila sayang jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud sayang tidak menyintai
tetapi dia mahu abang merasai sendiri cinta sayang,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuh.
Andai abang tahu..
Apabila sayang kata sayang rindu abang,
sayang benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayangan abang akan sentiasa bermain di mata.
Andai abang tahu..
Apabila sayang kata lelaki lain itu lebih baik dari abang,
jangan percaya kata-kata sayang
kerana sayang hanya mahu menguji abang.
sayang mahu melihat sejauh mana abang sanggup menjadi yang terbaik di mata sayang.
Walaupun sebenarnya memang abanglah yang terbaik di hati sayang.
Selagi sayang dengan abang, percayalah,
walaupun sayang menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di mata sayang
tetapi di hati sayang, abang tetap yang terbaik.
Andai abang tahu..
Apabila sayang menjadi degil,
sayang bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi sayang mahu melihat
sejauh mana abang mampu bersabar dengan kerenah sayang.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai abang tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
sayang tidak bermaksud menyuruh abang pergi selamanya.
sayang hanya mahu menenangkan fikiran sebentar saja.
Apabila sayang kembali tenang,
percayalah sayang akan mencari abang semula.
Itu tandanya sayang benar-benar menyintai abang.
sayang sukar untuk mengawal perasaan.
sayang terlalu emosional.
Tapi sayanglah yang paling menyayangi abang
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri abang.
Andai abang tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.
NOTA TANGAN: khas buat suami terchenta, EN AZMAN MAT GHANI.. (^_^)
No comments:
Post a Comment