Jika kita mempunyai pengetahuan, ajak orang lain menyalakan pelita untuknya.


tetiba nak cite hal bahagia dan berjaya harini.. 
sebab azie rasa semua orang, setiap detik, setiap saat hidupnya secara tak langsung akan memperjuangkan tentang kebahagiaan dan kejayaan bukan?? kan.. kan.. azie boleh jamin sebab azie pun cam tu.. sedang melalui proses mahu bahagia dan mahu berjaya.. walaupun kita da rasa bahagia dengan kehidupan kita sekarang, tapi perasaan mahu lebih bahagia itu tetap ada.. walaupun kita rasa kita da berjaya dengan apa yang telah kita miliki kini, tapi kita tetap berusaha untuk lebih berjaya bukan..?? (^_^) inikan pula orang yang kurang bahagia, orang yang belum berjaya.. itu pasti ada dalam hati semua manusia biasa seperti kita ni kan.. 


Kebahagiaan adalah ciri penting kehidupan manusia. Kasih sayang adalah syarat bahagia. Tetapi ia tidak dapat dijual beli. Namun korunk mampu memilikinya jika korunk ’membelinya’ dengan kasih sayang. Tidak kira apa jua pencapaian korunk, tanpa kebahagiaan korunk masih belum berjaya. Oleh itu, formulanya cukup mudah, (^_^)

Bahagia + kasih sayang = Emosi positif yang memungkinkan kejayaan

Secara fitrah, manusia mahu disayangi.

Mengikut agama, manusia juga mahu disayangi.

Untuk berjaya, manusia mahu disayangi.

Semua orang mahu disayangi. Syaratnya, kita mesti terlebih dahulu memberi kasih sayang.


Kejayaan juga adalah ciri penting dalam kehidupan manusia. usaha adalah syarat berjaya. Tetapi ia tidak dapat dijual beli. Namun korunk mampu memilikinya jika korunk ’membelinya’ dengan usaha. Tidak kira apa jua pencapaian korunk, tanpa kejayaan korunk masih belum bahagia. Oleh itu, formulanya cukup mudah, (>_<)


Berjaya + usaha = Emosi positif yang memungkinkan kebahagiaan

Secara fitrah, manusia mahu berjaya.

Mengikut agama, manusia juga dituntut untuk menjayakan.

Untuk bahagia, manusia perlu berjaya.

Semua orang mahu berjaya. Syaratnya, kita mesti terlebih dahulu berusaha untuk berjaya.



NOTA TANGAN: azie macam pakar notivasi lak.. hikhikhik.. tapi ini sekadar apa yang azie lalui dan apa yang azie fikirkan.. 



No comments:

Post a Comment