Syukur, syukur.. mak abah azie sekali lagi dapat menjejakkan kaki ke tanah suci.. alhamdulillah..
mak abah azie da menunaikan haji tahun 2009.. sejak balik dari mekah tu, abah azie sentiasa berazam mahu ke sana lagi.. dye kata rindu teramat kat tanah suci.. tiap hari selalu menceritakan pengalaman kat sana.. sampai kami adik beradik pun teruja nak ke sana.. (^_^)
alhamdulillah rezeki mak dan abah, mereka dapat menjejakkan kaki ke sana.. semalam (10 april 2011) abah dan mak berlepas ke tanah suci untuk menunaikan umrah.. berlepas jam 1.40 petang dan lebih kurang sampai ke tanah suci dalam 8 jam perjalanan..
sebelum ni, kami merancang mahu pergi menunaikan umrah bersama seluruh ahli keluarga, tetapi perancangan Allah maha tepat.. (^_^) rezeki lebih berpihak kepada mak abah azie dahulu.. InsyaAllah kami yang lain akan menyusul kemudian dengan izin Tuhan.. aminnnn..
kawan-kawan, doakan yang terbaik untuk mak, abah dan nenek azie kat sana ya.. moga segalanya dipermudahkan, moga ibadah mereka diterima, moga doa mereka dimakbulkan, moga diberi kesihatan yang baik dan moga dikurniakan segala kebaikan untuk mereka.. aminn.. amin.. ya rabbal alaminnn... (>_<)
NOTA TANGAN: azam mahu ke sana bersama seluruh ahli keluarga, tak pernah padam sama sekali..
No comments:
Post a Comment