azie jadi doktor cinta la pulak.. (^_^)

putus cinta?? 
tadi termengintai la status fb si teman baik ni.. agak kiciwak jak bunyinya.. hmm kena sindrom putus cinta la pulak.. haish macam-macam kan..(^_^) putus cinta bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan, tapi ia adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang lebih bahagia.. (^_^) believe it!


jom, azie ada tips untuk mereka yang putus cinta nih.. 



BELAJAR MENERIMA..
terima perpisahan itu dengan hati dan minda yang terbuka.. sedih? ya memang sedih kan.. tapi korunk mesti faham 2 perkara.. mencintai tidak semestinya memiliki dan cinta tak boleh dipaksa.. jika dia tidak perlukan kita lagi, apa guna makna cinta itu.. jika dipaksa juga untuk bersama, tidak mungkin perhubungan itu akan bahagia dan berjaya bukan.. 

BERPIKIRLAH SECARA MATANG
Yakinkan diri korunk kalau kejadian itu memang harus terjadi. Percaya pada kemampuan diri sendiri, itulah cara untuk menyembuhkan perasaan. tidak semestinya percintaan itu berakhir ke jinjang pelamin. Putus cinta memang menyakitkan, tetapi tidak separah perceraian.

MENANGISLAH!
menangis la sepuas hati korunk.. tapi janganlah menangis depan si pasangan tu.. nampak macam kita ni lemah sangat lah pulak kan.. berlagak cool depan dia.. then pergi jauh dari dia dan menangis.. menangis dalam bilik air adalah terbaik.. orang lain tak nampak.. hihihi.. tapi percayalah menangis itu adalah terapi yang berkesan untuk hati.. 

CERITAKAN KESEDIHAN 
ceritakan pada teman dekat atau keluarga. Kalau korunk rasa takde seorang pun yang memahami situasi itu, korunk salah besar. Kita semua pernah mengalami trauma putus cinta, jadi kita semua mengerti dan ingin melupakannya. mungkin boleh berkongsi tips mahupun pendapat dan motivasi yang berguna untuk kita kan.. 

JAUHKAN DIRI DARI SI DIA
rasanya tak perlu kot korunk nak jumpa dia, tengok gambar dia, ingati kenangan bersama, simpan mesej, simpan gambar.. eh tu nonsense kalau korunk betul-betul mahu lupakan dia.. kalau boleh, segala kenangan bersama dia korunk jauhkan la ek.. sebabnya itu akan lebih menambah kesedihan korunk tu.. 

MANJAKAN DIRI
buat apa yang korunk nak buat.. manjakan diri di spa ke, makan sebanyak mungkin, shopping sampai lebam.. tonjolkan kekuatan yang kita ada.. serlahkan segalanya.. mungkin ini masa untuk kita melaram.. ha best tuu.. 

HABISKAN WAKTU BERSAMA TEMAN-TAMAN
Nikmatilah pergaulan bersama rakan-rakan. Believe it, korunk bakal merasa lebih tenang dan ceria apabila bersama teman-teman.. kongsikan aktiviti bersama teman-teman yang dah lama korunk tak lakukan..

CARI PENGGANTI
yang ini korunk kena hati-hati sikit.. sebab jangan teruja nak cari pengganti sehingga menampakkan kita agak desperate.. maruah juga perlu di jaga.. sebaiknya berkawan dahulu dengan mereka yang ikhlas berkawan.. orang kata, slow-slow la beb! (^_^) buktikan pada si dia, kita boleh dapat yang lebih baik dari dirinya.. 

I'LL SURVIVE WITHOUT U!
ha buktikan pada dia, yang korunk bukan lemah.. korunk perfect yang mana dunia belum berakhir tanpa dia di sisi.. tanpa dia mungkin kita akan lebih menghargai diri sendiri.. kita layak untuk bahagia tanpa dia di sisi.. kita tak perlu bersama mereka yang hanya tahu menyakiti.. sematkan dalam hati.. 
i'll survive without u!


sebenarnya bagi azie, putus cinta ini perlu dalam kehidupan.. vah!! bunyinya agak kejam bukan.. hey tapi percayalah keputuscintaan itulah yang membuatkan kita lebih matang.. pembelajaran terbaik adalah melalui pengalaman bukan?.. so pengalaman putus cinta memberi banyak pengajaran berguna pada kita di masa akan datang! 
say good bye to fake love!


NOTA TANGAN: yang pasti jangan terhegeh-hegeh pada yang tak sudi.. alergik okai!


3 comments:

  1. CIK AZIE,
    MSRED XPENAH PUTUS CINTA..TP KALU GADUH NGAN BF MSRED MAKAN COKLAT BYK2...HEEE

    ReplyDelete
  2. acai; (^_^)

    msred: owh coklat! wah best tuuu..

    ReplyDelete