cantiknya si comot..




Azie terbaca satu artikel bertajuk ‘Siapa yang cantik’ di iluvislam hari ni.. best-best.. selalu kasi motivasi kat azie.. sebagai perempuan memang tak dinafikan kita semua mahu cantik kan. termasuklah azie yang comot nih.. hihihi

Definisi cantik berbeza bagi setiap orang, sebab tu ada ayat 
beauty lies in the eyes of the beholder

Iye la kan ada yang kata si putih mulus tu cantik, ada yang suka si hitam manis, tu baru bab warna kulit tu. Malahan banyak kata-kata yang menggambarkan kecantikan paras rupa, contohnya bibir merah bak delima, pipi bagai pauh dilayang, hidung umpama seludang.. bentuk badan pulak, yang gemuk itu comel, yang kurus itu menawan.. dan macam-macam lagi..

Bagi azie kalau nak cantik tak salah tapi jangan sampai rasa cantik tu perkara paling utama dalam hidup sampai kita tak nampak benda lain. Paling menakutkan ada yang sanggup mengubah ciptaan Allah dengan pembedahan plastik.. cucuk sana, cucuk sini, cucuk sinun.. haih!
 Semua ciptaanNya itu cantik, kadang-kadang tu tuan empunya yang buat pembedahan plastik dan cucuk menyucuk nih bukan tak cantik tapi merasa diri tidak cukup cantik. dan paling biasa kita dengar, manusia tak pernah puas dengan apa yang kita miliki.. betul ke tak.. kadang-kadang azie pun rasa macam tu.. (^_^) tak pernah puas-puas.. ada je benda yang rasa kurang.. huhuhu.. 

 Jadi itulah pentingnya kita memandang dengan pandangan hati kerana pandangan mata selalu menipu, hati yang bersih akan memberi pandangan yang paling jelas. Mari kita semua bersihkan hati kita (^_^).

Memang sifat manusia suka yang cantik-cantik semua, tak kira la cantik paras rupa ke, cantik bentuk badan ke, malah rumah, kereta, barang perhiasan pun kita mahu yang cantik-cantik je.. azie rasa zaman sekarang cantik tu dah jadi satu keperluan pulak. Maksudnya kalau tak cantik tak boleh, mesti jugak kena cantik. Walaupun tak semua orang yang rasa ‘cantik’ tu penting tapi keadaan sekeliling yang sentiasa mengagung-agungkan kecantikan memberi mesej yang salah kepada generasi baru. chewah!

 Melihat ramai yang obses dengan cantik ni buat azie rasa terobses jugak.. hihihi.. tapi bagi azie cantik itu subjektif.. ada orang tengok orang bermekap tebal tu cantik, ada orang tengok natural beauty lagi manis.. ada orang tengok orang free hair tu cantik, tapi ada orang lain tengok bertudung itu lebih manis.. tapi walau macam mana pun, yang penting bersyukur dengan apa adanya kita.. boleh perbaiki apa yang kurang cantik, tapi bukan untuk mengubah apa yang dah ada.. (^_^)


NOTA TANGAN: mencantikkan diri untuk en somi dapat pahala taw.. 



2 comments:

  1. <-- suke yang cantik cantik dan suke bercantik cantik! =D

    *kalau time malas tu selekeh gak =p

    ReplyDelete
  2. yap! sama sgt.. azie sgt comot klu time malas.. hihihi

    ReplyDelete