hari yang penuh semangat!



selamat pagi semua!
pagi ni azie bersemangat giler sebab pepagi lagi azie kena panggil ke bilik bos.. bos kasi sesuatu pembelajaran yang berguna kat azie untuk azie terus bersemangat teguhkan hati untuk mempercepatkan proses penggapaian impian.. (^_^) kat sini sebenarnya, azie diberi peluang untuk bekerja dan belajar sesuatu yang amat bernilai dalam diri azie.. kira 2 in 1 la,kira menyelam sambil minum air la, kira multitasking la, then what eva la.. 

cite lebih-lebih kang nanti berlambak lak resume sampai kat opis azie nih.. hohoho.. 


yesss boss!

so kat sini azie nak kongsikan dengan korunk sedikit petua bagi pandangan azie untuk kita sentiasa bersemangat tinggi untuk menggapai impian yang pernah terigau dan termimpi untuk kita milikinya.. =D


1. Perlu disiplin diri yang kuat.

2. Terus bangkitkan keinginan untuk mendapatkan sesuatu.

3. Berada di sekitar atau dalam lingkungan golongan orang yang akan membuatkan kita bersemangat untuk maju.

4. Jangan berhenti berimaginasi untuk kejayaan.

5. Hindari pernyataan diri yang akan menurunkan semangat kita, seperti “aku sudah terlambat untuk memulakannya”, “aku terlampau muda”, “aku terlampau tua”, “aku tidak berbakat”, “aku tidak secerdas mereka”, “pendidikanku tidak sehebat mereka”, “aku tidak kaya seperti mereka”, dan sebagainya.

6. Terus tanamkan ion-ion positif di dalam fikiran kita. Jaga fikiran supaya sentiasa berfikiran positif.

7. Jangan biarkan ion negatif masuk dalam fikiran kita. Buangkan jauh-jauh fikiran negatif.

8. Bergembiralah kalau ada orang yang berjaya, kemudian berdoalah agar kita boleh kejayaan seperti mereka.

9. Segera lakukan tindakan terhadap apa yang kita inginkan. Perjalanan ribuan kilometer hanya akan bermula daripada langkah pertama, yang kemudiannya akan disusuli dengan langkah-langkah berikutnya.

10. Selalu membaca buku motivasi yang boleh membangkitkan semangat.

11. Pilih tayangan TV, mendengar radio atau lain-lain yang memberikan semangat.

12. Bila kita sedar bahwa kita sedang tidak bersemangat, atau semangat yang makin menurun, maka segeralah bangkit, dan kobarkan kembali semangat kita. Sentiasalah perbaharui semangat supaya semangat tersebut sentiasa berada di tahap yang tinggi.


ha bersemangat tak? ye azie paham.. 
kekadang ada hari kita rasa bersemangat giler sehingga kita rasa mampu untuk mengutip satu-persatu bintang di permukaan langit.. dan ada masa juga kita rasa kita mahu tinggal bersama cacing di dalam batu yang mana orang selalu kata, cacing dalam batu pun boleh hidup kan.. (^_^)

kita kena sentiasa bersemangat untuk menggapai bintang di langit supaya kita tahu bertapa bernilainya bintang itu pada dunia..!



NOTA TANGAN: setiap hari perlu bersemangat untuk hidup yang berkualiti.. :)


2 comments:

  1. azie,

    terimakasih tau bagi tips berguna nih!

    pasti nurul akan ikut!

    nurul pun tengah bersemangat nak melakukan sesuatu nih! =D

    * nurul tag azie lagi dalam contest senyuman ceria pulak! =D

    ReplyDelete
  2. sme2 bersemangat! hihihi.. azie tak sempat meyempat nk join contest! thnx tag taw

    ReplyDelete