hye selamat pagi semua! mulakan hari kita dengan senyumm... senyum seindah suria, moga seluruh alam turut tersenyum ke arah kita.. kekalkan senyuman sepanjang hari.. (^_^).. moga keceriaan dan kegembiraan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita..
pagi ni azie tak berapa nak senyum.. hukhukhuk sebab ada sesuatu yang sangat menguji kesabaran.. segala kebaikan disalahertikan oleh pihak tertentu.. segala pengorbanan azie, mereka hanya tutup mata dan cuba untuk mencari kesalahan.. tapi azie malas nak amik port.. azie serahkan kepada pihak pencipta seluruh alam untuk mengadili segalanya.. azie tak berkuasa dan tak layak untuk menghukum sesiapa.. azie hanya ikut arus yang telah direncanakan oleh Nya.. cuma azie perlukan sedikit kekuatan dan kesabaran untuk menempuhinya.. (^_^)
mak azie selalu cakap, doa orang yang teraniaya akan cepat diangkat olehNya.. azie yakin tu sebab walau rintangan yang mendatang, azie dan keluarga tetap merasa nikmat kebahagiaan yang hakiki tanpa sedikit pun menyusahkan orang lain.. azie cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang yang kuat dan positif.. (>_<)
eh morning blues lak pepagi nih..
haih! dah-dah kesat airmata tu.. tak malu da tua bangka pun nangis cam bebudak kan.. hohoho.. meh kat sini azie nak sharing cam ne nak diberi kesabaran yang tinggi dalam hidup.. azie pun baru je belajar nih.. heharap ok la kan.. (^_^)
1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang korang berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan korang nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati korang terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
3. Jangan fikir kita harus menunjuk kepada orang lain bahawa korang berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang korang lakukan.
4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa korang bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
5. Jangan fikir korang mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
6. Terimalah hakikat sementara korang boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang kita hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan korang, mereka bersifat tidak wajar terhadap korang.
8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. korang mengharapkan mereka membenarkan korang mendapat hak yang sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri korang.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri korang.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu korang bersifat lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
13. Terimalah hakikat kadangkala diri korang yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu.
14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang korang kehendaki adalah terlalu penting.
15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri korang dan orang lain. Jika korang terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan korang sedih dan berkelakuan hilang sabar.
NOTA TANGAN: tapi tahap kesabaran juga ada batasnya bukan?
No comments:
Post a Comment