apabila si mokcik amerika berjumpa fb.....

pepagi tadi mak kol azie.. saja bertanya khabar.. masa tu azie tengah bersilat kat dapur.. dalam kelam kabut maw mengejar masa dan cuba masak sesedap mungkin, azie tetap layan mak dengan baik dan sopan santun bak anak yang sangat solehah.. (^_^) azie tak bagitaw mak yang azie tengah masak sebab tak nak mak letak fon dan akan cakap mak kol balik nanti.. taknak la cam tu sebab azie juga rindu nak cakap ngan mak even hari-hari pun azie akan dengar suara mak.. hihihi

sembang punya sembang, mak terbuka cerita tentang seorang kawan mak depan rumah azie ni kecoh kat kenduri yasin semalam bercerita tentang azie.. azie pun pelik la dan terus tanya si mak cik ni cerita apa.. mak kata dia cerita tentang status dan gambar-gambar azie di fb.. wahhh!!! giler amerika makcik ni..!!! hah baru azie teringat yang azie dah terapproved makcik ni beberapa hari lepas.. omaigod!

azie tanya mak lagi, apa yang dia cakap tentang status azie tu..? mak kata yang dia tahu azie cakap pasal TAK BOLEH TIDO MALAM dalam fb... emoh-emoh makcik........ hal-hal tido malam ni ko canang lak seluruh dunia.. hal haku cakap AKU BERSILAT KAT DAPUR, KEMAS RUMAH, HIAS RUMAH, BELI PERABOT BARU, BERNIAGA UNTUNG RIBAN-RIBAN KO TAK NAK CITE LAK KAN.. nampak sangat la mak cik ooiiii!!!! tapi seingat azie, azie memang tak de tulis 'tak boleh tido malam' dalam fb tapi azie ada cerita tentang wekend azie dalam ini rumah maya.. dan azie publish sume entry di sini ke fb.. so thats mean, mak cik amerika tadi usha fb azie dan tersinggah la ke rumah maya azie ni.. hohoho.. makcik-makcik.. tak taw ek istilah rumah maya ni nama apa.. ingat amerika sangat! ghopenye bungol jugak.. hahaha.. korang nak taw cite apa yang sensasi sangat tu.. meh ke sini!

nasib baik mak azie tak melatah sebab mak azie juga mengikuti perkembangan azie kat fb dan rumah maya azie ni even mak hanya memantau azie ngan adik beradik yang lain melalui fb adik bongsu azie je.. tak de apa yang azie sorokkan dari mak atau keluarga azie.. i just to be myself.. hekau paham ke idok mak cik apa yang haku tulis ni??? kalau idok paham, toksah lagi canang yo.. nanti salah paham pulak.. dok diam-diam kat rumah layan fb dan paling afdal layan cucu lagi berkat kan.. (^_^) 

azie sebenarnya bukan nak marah sangat pun tentang orang nak bercerita tentang fb, tentang blog, tentang diri azie.. azie dah tahu dari awal lagi.. bila kita berfb, berblogging cam ni, kita terpaksa bersedia untuk dikritik, mendapat cacian, untuk kehilangan sedikit privacy hidup! 

tapi agak-agak la.. untuk bercerita kepada mereka yang duduk di pelusuk dunia, yang jauh dari arus kemodenan seperti kampung azie tu, rasanya tak sesuai kot.. habis lekeh dorang akan kata, hek eleh benda cam tu pun nak cite kat orang ke? hal dalam kain pun nak canang kat dunia.. ni la budak zaman sekarang.. yang buruk nama sape? mereka dan keluarga mereka juga kan.. kann? 

azie cuba berfikiran sangat positif.. tamo fikir bukan-bukan.. lagipun mak azie pun relax badak je.. mak azie ni rasanya terkena juga tempias arus kemodenan even masih dok kat pelusuk dunia tu, tapi takde la rasanya seakan culture shock macam si makcik amerika yang anggap dirinya orang pertama yang jumpa internet kat kampung tu.. bila jadi orang pertama tu mesti la kena cerita pada orang yang buta fb ni.. jadi ternganga la mereka yang 1st time mendengar perkataan fehbuk tu.. seterusnya hanya tahu mengangguk dan berbisik.. 

even apa pun, azie cuma boleh kata.. azie bukannya buat dosa pekat yang boleh mengganggu gugat hidup mereka, yang boleh azie mendapat hukuman rejam.. azie cuma jadi apa adanya azie.. so biarkan mereka dengan fb mereka.. biarkan mereka dengan cara mereka.. mereka juga punya anak yang sebahagian besar adalah pengguna fb lelagi anak yang masih belum mendirikan masjid.. so pepandailah jaga anak sendiri yo! peace! (^_^)

mokcik, amik la gambar ni.. kalau nk copy yo.. tunjuk kat orang kampung.. baru femes!!! 
eh-eh mokcik tak taw apa itu 'copy'.. huahuahua



NOTA TANGAN: azie tetap azie.. masih kuat dengan prinsip 'persetankan dajal yang mahu menhancurkan bumi!' (^_^)




2 comments:

  1. yeahh,sangat2 tak suka bila ada org kampong mcm tuh..anak sendiri tak tahu plak..=)

    ReplyDelete
  2. taw xpe kan.. xnk amik pn tapi sedikit sebyk mst ada terkesan kat hati ni.. hihihi

    ReplyDelete